xbox game pass
Microsoft/Xbox

Untuk subscriber Xbox Game Pass Ultimate, Ada berita baik untuk anda! Anda bakal dapat game popular yang tengah hangat sekarang ni. Untuk kali ini anda akan dapat 9 game yang baru. Tiga game yang available harini adalah Lightyear Frontier, MLB The Show 24 dan The Quarry. Lightyear Frontier adalah game exploration angkasa farming sim dengan mecha manakala The Quarry adalah game drama horror.

Lightyear Frontier available untuk di mainkan di Cloud, PC, dan Console, manakala MLB The Show 24 available untuk main di Cloud dan Console. Pada 21 March, anda akan dapat bermain game Evil West. Game ini boleh bermain pada solo mode atau bermain dengan kawan – kawan di co-op mode.

Microsoft/Xbox

Terra Invicta adalah alien invasion game yang available untuk di download pada March 26. Game racing Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged akan hadir pada 28 March. Paling best untuk kali ini adalah game Diablo 4 juga akan release di Game Pass pada 28 March. Ini adalah game pertama Blizzard dalam Xbox Game Pass dan satu game yang wajib untuk di mainkan.

Baca lagi di sini tentang EPIC GAMES : FREE GAMES SETIAP MINGGU

Game seterusnya adalah Open Roads, release pada 28 March, Ark: Survival Ascended available pada 1 April dan pada 2 April adalah F1 23 dan Superhot: Mind Control Delete.

Subscription untuk game pass ultimate adalah $10.99 manakala untuk PC games pass adalah $9.99. Namun untuk pasaran Malaysia hanya PC games pass sahaja yang anda dapat langgan dengan harga RM15.00 secara official di Malaysia.

Sumber

Zhuge https://www.revolusigamer.com

Game strategy dan role playing games.

+ There are no comments

Add yours