Triangle Strategy: Macam Game of Thrones

Triangle Strategy: Macam Game of Thrones

Triangle Strategy: Macam Game of Thrones
Square Enix

Ini ada satu lagi game yang best yang aku suggest korang untuk main. Triangle Strategy ni macam game of thrones dan korang pasti akan immerse the storyline dia yang memang syok. Ini adalah game keluaran daripada Square Enix pada tahun 2022. Available untuk platform Switch dan PC.

Storyline

Game ni bermula apabila Serenoa Wolffort, hero dalam game ni pergi untuk menyelamatkan Frederica daripada penyamun. Frederica, bakal isteri Serenoa kena kahwiun atas faktor political keamanan antara tiga negara  Glenbrook, Hyzante, dan Aesfrost.

Serenoa Wolffort adalah pewaris kepada house of Wolffort dan ayah dia Symon Wolffort merupakan legend warrior. House of Wolffort sangat dihormati kerana Symon Wolffort banyak bantu Glenbrook menangani masalah – masalah perang dalam negara. 

Start daripada sini, korang akan diperkenalkan dengan character yang akan ada bersama – sama dengan Serenoa untuk adventure dia yang akan datang. Kesemua character yang ada antaranya seperti Ronald, Benedict dan Eredor mempunyai characteristic dan skills yang berbeza. Korang kena pilih character yang bersesuai supaya nanti bila korang main, storyline korang tak akan terganggu.

Gameplay

triangle strategy: macam game of thrones
Square Enix

Triangle Strategy adalah tactical role playing games. If korang yang jenis minat game macam Final Fantasy Tactics, Fire Emblem dan Ogre Tactics mesti korang akan suka game ni. Aku main game ni dekat Switch dan bagi aku lagi best main dekat handheld compare main dekat PC. Untuk habiskan game ni korang perlu dalam 30 – 40 jam bergantung pada cara permainan korang.  

Game ni menggunakan HD – 2D graphic macam Octopath Travelers. Aku sangat suka graphic yang macam ni dapat mengimbau kenangan masa main game Ragnarok dulu. Bagi aku untuk game turn based sangat sesuai untuk guna graphic yang macam ni. Visual yang macam ni tak berat dan senang untuk main.  

Sebelum nak start war, korang boleh pilih character apa yang korang nak pakai. Jadi korang kena pilih character yang betul sebab if salah pilih boleh membuatkan korang kalah dalam war. Bagi aku gameplay untuk game ni sangat best sebab game build tu sendiri. Game ni ada empat possible ending. Jadi setiap kali action korang akan bagi kesan kepada storyline.  

Pendapat Aku

Triangle Strategy: Macam game of thrones
Square Enix

Pendapat aku game ni sangat syok untuk korang main. Dengan storyline yang best kadang – kadang rasa macam dalam Game of Thrones. Cuma aku rasa game ni macam pendek dan tak ada DLC untuk continuation. Sangat sayang Square Enix tak tambah DLC sebab game ni telah di buat dengan sangat baik. Walaupun ada minor adjustment yang perlu di buat tetapi sudah sangat bagus. Untuk korang nak dapatkan game ni, boleh beli secara digital di Nintendo Eshop atau Steam untuk pengguna PC.   

Rating : 4/5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *