TOP 5 GAME SIMULATOR WAJIB MAIN

simulation

Hi gamers, tahukah kalian tentang game simulation? Ada di kalangan gamers di luar sana yang suka pada game yang bergenre simulation. Tapi sebelum tu apa itu game simulation? Simulation adalah sebuah perbuatan yang kita akan lakukan dan secara mengikut proses tertentu. Ia bergantung kepada skop perbuatan yang akan kita usahakan. Contoh membaiki kereta, memasak dan banyak lagi. Jadi untuk edisi top 5 kali ini aku nak candangkan dekat korang semua Top 5 game simulation yang wajib korang cuba sebelum korang mati. Lets go!! 

5. Microsoft Flight Simulator

Microsoft Flight Simulator ini adalah sebuah game yang di usahakan oleh Asobo studio. Game ini adalah sebuah simulator kapal terbang dimana kita akan mengendali jentera udara tersebut. Kalau dilihat dari aspek visual game ini, boleh dikatakan hampir 90% layout mekanisma dalaman kapal terbang tersebut dibuat dengan begitu detail dan sama seperti kapal terbang betul. Ada juga review yang mengatakan bahawa game ini dapat melatih pilot-pilot baharu mereka untuk mengendali kapal terbang, orang kata macam practice makes perfect lah. Tapi kalau untuk gamers sejati macam korang, kita boleh lah merasa untuk menjadi pilot dengan bermain video game ini. Dan yang paling best tentang game Microsoft Flight Simulator ini adalah jika anda mempunyai setup cockpit yang padu seakan di dalam kapal terbang, anda akan merasa kan game ini memang best.

4. Euro Truck Simulator 2

Antara game simulator gemaran para streamer ialah game Euro Truck Simulator 2. Game ini adalah sebuah game di mana kita akan ditugaskan untuk menghantar barangan keperluan di sebuah destinasi ke destinasi yang lain. Sama seperti game simulator yang lain, Euro Truck Simulator 2 ini mempunyai layout mekanisma yang sama seakan sebuah lori treler yang boleh memuatkan barangan bertan kilonya. Developer game ini iaitu SCS Software telah mengeluarkan game ini untuk para gamers merasa sendiri bagaimana cara untuk kita memandu sebuah lori yang besar. Bukan senang guys nak master cara pemanduan sebuah lori yang besar, cara pemanduannya juga akan berbeza seperti dari memandu kereta. Selain itu, Euro Truck Simulator 2 juga menawarkan concept moding di mana korang boleh fully customize lori korang untuk menjadikan lori korang lebih cantik dan gah sesuai dengan citarasa yang korang minat.

Terdapat pelbagai jenis moding yang korang boleh lakukan seperti tukar colour, letak custome design dan sticker dan juga bunyian. Haha baru lah jadi pilot darat sejati kan. Antara faktor lain yang menarik tentang game ini adalah dengan leveling tracks dia dimana setiap jalan atau route yang diberi kadang kala memang mencabar, adakalanya memang tak masuk akal, tapi itulah keseronokkan tentang game Euro Truck Simulator 2 ini. Jadi korang kena try main guys.

3. Gran Turismo 7

Siapa tak kenal dengan game legend ini iaitu Gran Turismo series. Pernah menjadi game wajib main di sony playstation 1 suatu ketika dahulu dimana game ini antara game yang mencatat jualan mencecah 10milion copy serata dunia dan jualan terbaik sepanjang zaman. Pada awalnya game ini di usahakan di japan studios dan lewat beberapa tahun kemudian di ambil alih oleh syarikat amerika iaitu Polys Entertainment untuk keluaran di amerika utara. Apa yang menarik tentang game Gran Turismo 7 ini adalah dengan kepelbagaian jenis keretanya. Korang boleh melihat sendiri pelbagai jenis kereta dari pelbagai kategori dari classic cars, modern cars dan sports cars. Jadi kepada cars lovers korang memang akan cair melihat kereta-kereta idaman korang.

Selain itu, sudah tentu lah kita dapat berlumba dengan rakan kita kan, game ini juga boleh bermain secara online dimana kita boleh berlumba dengan orang di luar sana. Ia juga mempunya feature customize kereta dimana korang boleh tambah lah apa yang korang minat pada kereta idaman korang. Dan faktor lain yang menarik tentang game Gran Turismo 7 ini adalah dengan grafik yang ditawarkan. Kalau korang ada high end Pc yanh padu dan dapat setting grafik korang kepada maximum, jangan tunggu lagi. Korang kena main game ini dan feel sendiri high tense game ini berlumba secara laju. haha. Jadi jom try main guys.

2. Animal Crossing

Animal Crossing adalah sebuah game keluaran Nintendo, dan sebenarnya game ini telah mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan peminat Nintendo. Game ini telah diterbitkan di pasaran pada tahun 2001 bagi edisi Nintendo 64. Korang bayangkan betapa legend nya game ini. Bagi yang tidak tahu tentang Animal Crossing, gamers akan di berikan watak utama yang kita boleh buat dan pada permulaan game, kita akan melancong ke sebuah kampung luar bandar. Di kampung itu kita mulai jumpa haiwan-haiwan antropomorfik yang comel. Ada la beberapa watak penting di dalam kampung itu seperti  Tom Nook yang memegang jawatan sebagai ketua kampung atau mayor. Jadi kita diberi kan pilihan untuk membangunkan bandar comel itu supaya lebih ramai pelancong akan datang.

Tidak lupa juga, game comel ini sebenarnya boleh bermain secara online di mana gamers boleh berjumpa dengan rakan-rakan korang dan melihat pula pulau mereka. Korang boleh lihat bagaimana customize pulau yang telah rakan korang buat. Jadi dia macam lebih pada creativity juga lah. Feature lain yang boleh kita main di Animal Crossing ini adalah dengan mengumpul sebanyak yang boleh hasil tangkapan ikan dan serangga. Jadi kalau siapa yang gamers perfectionist tu memang akan kumpul lah sebanyak yang boleh. Bagi pendapat aku, Animal Crossing ini memang game mesra keluarga, dan aku cadangkan korang main game tersebut.

1. The Sims 4

Dan top 1 edisi ini adalah The Sims 4, siapa tak kenal game The Sims ini guys. Game ini telah berjaya menjual 200milion copy di serata dunia dan ia membuktikan bahawa game simulation juga sebenarnya best untuk kita main. Kalau siapa gamers yang belum pernah main, The Sims 4 ini adalah sebuah game yang kita membina sebuah keluarga dari awal hingga ke hujung nyawa mereka. Kita boleh pilih kerjaya-kerjaya yang disediakan seperti business, artis, athlet dan banyak lagi.

Bila korang pilih sesebuah kerjaya itu, korang haruskan mengikut beberapa point untuk korang naikkan pangkat kerjaya itu. Jadi bila pangkat tinggi duit pun banyak lah. Selain itu, gamers juga boleh memilih Npc yang cantik untuk romance dan bina keluarga. Kalau kata tiada pilihan hati, jangan risau korang boleh custom sendiri character-character itu. Bagi aku memang sebenarnya game The Sims ini agak tidak mencabar untuk di main. Tapi percaya lah bila korang dah start main tu, memang akan berjam-jam habis kan masa untuk bina sebuah keluarga.

The Sims 4 juga menawarkan DLC yang banyak di pasaran. Korang boleh lihat sendiri di EAshop di situ memang macam-macam jenis DLC yang ada antaranya Star Wars, Sports, Pets dan lain-lain. Jadi susah lah untuk korang bosan bila main watak yang sama sahaja. Dan korang boleh explore pelbagai possibility untuk mewarnai kehidupan korang di dalam itu. Boleh jadi baik, jahat, kelakar dan lain-lain. Jadi apa tunggu lagi guys, jom layan game The Sims 4

sambung baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *