Top 5 Game Horror Wajib Main
Hi gamers, pada kali ini aku nak cadangkan beberapa game horror yang korang wajib main. Macam yang kita tahu, tak semua gamers suka pada genre horror atau seram. Tapi pada pendapat aku, sekurang-kurangnya korang kena cuba main sekali seumur hidup bagi memenuhi gelaran atau title gamers itu sendiri. Haha baru lah betul-betul gamers sejati. Ini merangkul juga dari aspek gameplay, story, dan lain-lain. Jadi jom aku list kan beberapa game horror yang korang wajib main.
5. Dead by Daylight
Dead by Daylight ialah sebuah game seram survival multiplayer asymmetric yang agak popular di kalangan streamer. Gamers harus survive setiap level daripada dikejar atau diburu oleh makhluk yang ingin membunuhnya. Terdiri daripada 5 player, 4 manusia dan 1 makhluk. Korang boleh main bersama rakan-rakan di dalam 1 lobby atau juga main secara random. Dead by Daylight juga menawarkan skin and season purchase di mana korang boleh membeli dan memiliki skin-skin yang menarik untuk di pakai ketika main. Gameplay yang tidak terlalu panjang dan complex, Dead by Daylight antara game wajib main bersama rakan-rakan korang.
4. The Mortuary Assistant
Kalau korang nak kerja mengendali mayat memang tidak akan berlaku lah kan seumur hidup. Tapi untuk game ini korang boleh bekerja sebagai pengendali mayat. Akan tetapi The Mortuary Assistant ini menambah kelainan dengan adanya unsur ghaib pada prosedur nya. Semasa sesi pembalseman(awet mayat) lewat malam, korang akan mula perasan yang mayat ini tidak normal. Dan dengan kepastian dari ahli kumpulan mayat tempatan korang, mengatakan bahawa khabar angin kerasukan syaitan dan unsur mistik itu adalah benar. dan sekarang korang tidak boleh keluar dari situ.
Untuk membersihkan roh-roh sesat ini, korang mesti mengamalkan ritual ghaib untuk mengenal pasti syaitan untuk menghalau mereka dengan mengumpul petunjuk atau clue. Dan bagaimana korang kena survive pada malam itu. Jadi The Mortuary Assistant ini memang korang kena try main.
3. Blair Witch
Di adaptasi daripada filem, Blair Witch adalah sebuah game horror yang memang best kerana dengan storywise nya. Bekas polis dan veteran Ellis Lynch telah mengambil bahagian sukarela untuk mencari kanak-kanak hilang di Black Hills forest di Burkittsville, Maryland. Semasa pencarian Ellis Lynch telah menemui beberapa barang milik kanak-kanak itu, akan tetapi semasa beliau berada di dalam hutan itu. Lynch berasa seakan-akan takut dengan persekitaran nya. Orang kata macam ada anxiety attack lah. Jadi mula lah kejadian-kejadian yang aneh yang dilalui olehnya yang disebabkan oleh kawasan hutan misteri itu. Blair Witch ini berkonsepkan first person di mana korang akan melalui suasana hutan yang seram. Wajib try guys.
2. Ghostwire : Tokyo
Hantu jepun sebenarnya memang ada vibe horror macam hantu Malaysia. Lagi-lagi hantu macam dalam filem The Ring tu yang berambut panjang dan berbaju putih. Bagi aku Ghostwire Tokyo ni antara game horror yang korang patut main lah sebab dia sebenarnya ada elemen kuasa untuk membunuh hantu. Tidak seperti game horror lain yang korang kena berjalan dan bersembunyi, GhostwireTokyo ini ada mekanisma untuk upgrade power @ skill korang untuk membunuh hantu-hantunya.
Berkonsepkan first person, ia mengesahkan tentang Akito yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Dia kemudian mula ternampak makhluk-makhluk halus selepas kemalangan itu dan secara tiba-tiba, dia di rasuk oleh sejenis makhluk halus yang bernama KK. Mereka seakan bersatu untuk mencari 1 tujuan untuk merungkai apa yang berlaku di kota Tokyo itu dan sebalik kejadian misteri itu. Akito juga ada motif tersendiri. Jadi untuk tahu kesudahan game ini korang kena try main.
1. Resident Evil 2 Remake
Dan no. 1 ialah Resident Evil 2 (remake) di mana game horror ini adalah sebuah game remake dari siri Resident Evil. Game ini mempunyai banyak siri yang best antaranya Resident Evil 3, Resident Evil 7 dan banyak lagi. Tapi kenapa aku katakan game ini best adalah dengan plot story nya. Gamers pada awal game akan bermain sebagai Leon S. Kennedy. Beliau ialah seorang polis yang harus melapor diri di Racoon City dan pada ketika itu, berlaku sebuah pandemic yang huru hara dan kita terpaksa menghadapi pelbagai rintangan untuk menyelamatkan diri. Resident Evil memang sinonim dengan konsep horror klasik seperti kita menonton movie. Setiap pergerakan dalam game ini seolah-olah seperti di dalam film kerana dengan camera angle game tersebut. Akan tetapi untuk remake mereka menjadikan ia 3rd person mode.
Game ini juga telah memenangi Golden Joystick Award untuk Game of the Year dan telah nominated untuk The Game Award for Game of the Year. Jadi kepada yang tidak mengenali apa itu game Resident Evil, aku cadangkan korang start main game ini dengan segera.