Tips dan Trick : Pemenang dalam Kejuaraan Harian Rocket League

Juara Harian Rocket League
BRAKET JADUAL KEJUARAAN HARIAN ROCKET LEAGUE

Pada entri lepas, aku ada review sedikit sebanyak pasal game Rocket League ni. Antara dalam artikel tu ada dedahkan berkenaan kejuaraan harian Rocket League yang ada disediakan iaitu 2 vs 2 dan 3 vs 3. Selama aku main ada beberapa kali aku dah berjaya raih kemenangan dalam kejuaraan tu. Sejujurnya, nak menang tu bukan lah perkara yang mudah sebab pihak lawan yang dia pilih sememangnya hampir dengan kebolehan permainan dan skill aku. Lagi pula memang ada yang lebih jauh berkemahiran dari aku. Untuk entri kali ini, aku nak kongsikan beberapa tips dan trick yang dapat membantu aku sendiri meraih kemenangan dalam kejuaraan harian Rocket League:

Pilih Kenderaan yang Sesuai

Aku ada highlight juga perkara ni dalam entri lepas berkenaan pemilihan kereta yang korang guna, ada pilihan untuk korang make up macam mana pun, tapi game ni bukan sekadar cosmetic semata. Setiap bodyshape kereta yang korang pilih ada effect dekat sentuhan bola. So korang memang kena pilih kereta yang paling sesuai dengan keselesaan controlling korang. Selain tu, pemilihan boost effect pun aku rasa penting sebab boleh kacau vision korang waktu drive. Setiap kenderaan dalam Rocket League akan berikan sentuhan dan manuever yang berbeza. Pilih kenderaan yang sesuai dengan style bermain korang. Kalau korang lebih suka dalam handling bola dengan baik, pilihlah kenderaan dengan bodyshape yang boleh manuever dengan baik. Kereta yang aku rasa selesa untuk guna dalam game ni ada dua, fennec dan octane.

PSYONIX

Latihan dan Perkuat Teknik

Macam semua game kompetitif yang lain, latihan adalah perkara utama untuk menjadi juara dalam Rocket League. So grinding is the best solution kalau korang nak merasa kemenangan dalam kejuaraan harian Rocket League ni. Bukan tu saja, untuk naik kan rank korang ke peringkat lebih tinggi pun perlukan latihan yang berterusan. Korang cuba lah cari satu waktu sesuai untuk berlatih dalam memperkuat teknik korang dari segi menguasai kemahiran dalam kawalan pergerakan, sentuhanbola, dan melakukan aksi-aksi special dalam Rocket League ni termnya adalah freestyle. Dalam game ni juga ada sediakan training mode dan beberapa pek training yang disediakan oleh player kemahiran tinggi. Aku banyak habiskan masa dalam pek2 yang ada. Dalam menunggu queue untuk matchmaking pun korang boleh jadikan pek training sebagai warm-up session korang.

Kerjasama antara team

Secara keseluruhannya Rocket League ni bagi aku adalah permainan berkumpulan yang sangat mementingkan kerjasama. Komunikasi dalam pergerakan antara team, koordinasikan serangan, dan bergilir dalam pertahankan gol antara main key korang boleh menang dalam sesebuah match. Bagi aku, sebaiknya korang cuba cari pemain dikalangan sahabat korang supaya mudah berinteraksi dan lebih memahami pergerakan antara satu sama lain.

PSYONIX

Jadi, kalau korang nak cuba menjadi juara harian dalam Rocket League, korang boleh cuba praktikkan kriteria-kriteria yang aku dah terangkan. Aku yakin tak mustahil untuk korang dapat menang kejuaraan harian Rocket League ni berulang kali. Selamat bermain dan semoga sukses dalam kejuaraan harian!

Boleh dapatkan game ni secara PERCUMA di Epic Games dan Steam.

Baca lagi artikel Rocket League : Game Berpotensi di’Hype’kan! ->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *