The Elder Scrolls Online – Tips Bagi Pemain Baru
Isey May 31, 2024Kalau korang peminat game genre massively multiplayer online role-playing game(MMORPG), semestinya game The Elder Scrolls Online bukan satu game yang asing.
The Elder Scrolls Online - Tips Bagi Pemain Baru
Kalau korang peminat game genre massively multiplayer online role-playing game(MMORPG), semestinya game The Elder Scrolls Online bukan satu game yang asing. Berbanding game yang dikhabarkan dalam satu universe yang sama iaitu Skyrim yang agak straightforward, game ESO ini lebih complicated dari segi mekanik, penceritaan, dan juga kesulruhan petempatan. Jadi, bagi sebagai pemain baru aku pasti korang akan struggle dari permulaan lagi. Dalam artikel kali ni aku nak share pada korang apa antara perkara yang perlu korang utamakan dalam nak mulakan adventure korang dalam game ni.
Pelarasan Butang Kawalan dan Shortcut
Dalam dunia gaming ada bermacam jenis device yang boleh digunakan sebagai alat kawalan lebih-lebih lagi pemain game PC. Ada pemain akan gunakan kawalan sedia ada iaitu keyboard dan mouse. Juga ada pemain yang lebih prefer menggunakan console controller sebagai alat kawalan. Semuanya bergantung kepada keselesaan pemain.
Apa yang aku nak highlight ialah pemilihan device yang sesuai sangat penting kerana kawalan yang perlu dilaras dan dibiasakan terlalu banyak. Dari shortcut perubahan set senjata, menunggang binatang, POV pemain dan juga interaksi dengan pemain lain. Untuk aku, game ni lebih sesuai dimainkan menggunakan keyboard dan mouse. Ianya kerana lebih banyak pilihan untuk aku set butang kawalan mengikut keselesaan aku.
Mencuba Pelbagai Gabungan Senjata dan Skill
Satu perbezaan The Elder Scrolls Online berbanding MMO lain ialah dalam sistem . Hanya kerana pemain memilih untuk menjadi Nightblade, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menggunakan mantra jarak jauh. Juga pemain mampu mempelajari kemahiran hibrid yang mungkin tidak sesuai dengan tradition rogue archetype.
Walaupun setiap kelas mempunyai fokus tersendiri (Dragonknights berperanan sebagai tanker, dan Warden adalah supporter), mereka semua boleh menggunakan hampir setiap set senjata dan perisai yang terdapat dalam permainan, dengan syarat pemain mempunyai kemahiran untuk memakai peralatan tersebut. Permainan ini tidak memasukkan pemain ke dalam peranan tertentu, jadi pastikan korang meluangkan sedikit masa dan meneroka pilihan yang tersedia untuk setiap kelas.
Jangan Menyerang NPC dengan Sengaja atau Tidak
Selain musuh, pemain juga boleh berinteraksi secara menyeluruh dengan kesemua non-player character(NPC). Selain bersembang, pemain juga boleh menyerang malah membunuh setiap individu NPC tersebut. Tetapi sama seperti dalam permainan single-player Elder Scrolls, jangan berharap untuk melarikan diri dengan mudah tanpa perancangan yang teliti.
Jadi, sebaiknya korang sebagai pemain berhati-hati dan cuba untuk tidak mengaktifkan senjata didalam sesebuah bandar. Lebih-lebih lagi jika bandar tersebut dipenuhi dengan NPC yang terlebih mesra. Satu hayun yang tersasar ke NPC baik sengaja atau tidak boleh trigger pengawal dalam bandar tersebut. Akibatnya, kemungkinan progres akan terjejas dan lebih teruk kena penalti yang tinggi.
Korang boleh dapatkan game ni untuk PC di Epic Games dan Steam.