The Callisto Protocol

The BEST Horror Sci Fi

The Callisto Protocol adalah sebuah game horror survival yang di jayakan oleh Striking Distance Studios dan terbitan Krafton. Game yang seakan siri Dead Space ini mengambil tempat di sebuah peradaban Jupiter`s Moon Callisto 2320 dan kita di beri watak utama yang bernama Jacob Lee dimana beliau adalah seorang mangsa yang telah di buang ke Black Iron Prison. Plot mula berkembang apabila rakan sel nya berubah menjadi makhluk misteri dan di situlah mulanya pengembaraan game ini.

Kita akan bermain di sebuah setting luar angkasa lepas dan game ini feature nya adalah 3rd person view. Aku boleh bayangkan betapa seramnya plot game ini. Seperti biasa setiap game akan mempunyai beberapa feature dan upgrade untuk kita suaikan diri di dalam game. The Callisto Protocol ini juga mempunyai setting itu dan ada juga gameplay yang lain seperti weapon upgrade dan skill. Tapi yang membuatkan game ini best adalah dengan plot penceritaan dia. Korang bayangkan kita tersangkut di tengah-tengah planet dan di saat itu berlaku kejadian-kejadian yang aneh. Seram guys.

Claim FREE on 22th August

Game yang genre Sci fi horror seperti Alien Isolation, Dead Space dan lain-lain ini sebenarnya mempunyai market dan followers mereka tersendiri. Adakala game seperti ini best di main dengan complete setting pc yang mempunyai high spec dan ini akan membuatkan para gamers lebih immerse atau feel. Jadi kepada pc gamers korang boleh dapatkan game ini secara percuma. What!?? PERCUMA?? YES guys korang boleh dapatkan game ini secara percuma pada 22hb august -29hb august (WM) di platform epic games selama seminggu.

Kalau siapa yang dah ada akaun, korang hanya perlu claim sahaja free games mingguan korang. Dan kalau siapa yang belum ada akaun, korang hanya perlu daftar akaun secara free juga. Jadi guys, apa tunggu lagi? Jom lah discover keseraman di planet-planet luar angkasa pada 22hb ini. Jangan lupa untuk claim ya guys. Dan selamat bermain.
 

+ There are no comments

Add yours