ANCESTORS: TERINGIN NAK JADI MONYET?

Ancestors

Pernah terfikir tak macam mana monyet hidup di hutan belantara? Macam mana proses kitaran hidup mereka? Siapa yang menentukan siapa menjadi ketua kepada clan mereka? Bagaimana mereka bergerak secara berkumpulan? Boleh membiak dan boleh menjadi antara binatang yang bijak di dunia?

REVIEW ANCESTORS

Ancestors adalah sebuah game yang menceritakan bagaimana evolusi mamalia monyet itu berkembang mengikut peredaran zaman. Bila kita main game tersebut, gamer harus berdikari dan pandai untuk survive di dalam hutan yang tebal dan tidak lupa juga ada binatang-binatang yang buas yang menjadi kitaran makanan mereka seperti harimau, ular sawa dan lain-lain. Ancestors ini tidak seperti game-game yang lain di mana kita boleh mendapat guideline, tidak! gamer harus berfikir sendiri bagaimana untuk selesaikan objective mission tersebut, jadi pandai-pandai lah engkau jadi monyet. Selain itu, Ancestors juga memaparkan visual-visual yang cantik di dalam hutan tebal, kita boleh berjalan dan discover nature yang baru di setiap kawasan yang belum kita terokai.

Bayangkan kita jadi monyet yang tidak tahu apa-apa? Bagaimana hidupan liar ini boleh berfikir tanpa ada ilmu pengetahuan yang asas seperti manusia. Evolusi monyet ini juga boleh membantu gamer untuk membuat perkara-perkara baru, antaranya mengunakan batang kayu yang di asah dengan batu, dan menjadikan ia sebagai tools untuk memburu ikan di sungai.

Menarik kan, kalau dilihat dari aspek realism, kita boleh menjadi seekor monyet dan mempelajari bagaimana kehidupan harian mereka. Akan tetapi, ada juga beberapa kekurangan rating yang diberikan oleh kritik-kritik game dunia kerana feature game tersebut agak basic dengan mekanisma mission nya. Tidak banyak mission story yang boleh di main kerana idea game ini hanya lah untuk gamer menikmati bagaimana evolusi mamalia itu berkembang dari zaman ke zaman. Bila selesai di penghujung evolusi, maka tidak banyak lagi yang boleh dibuat.

Overall experience saya, game ini hanya lah sekadar game yang menceritakan bagaimana teori Charles Darwin menyatakan tentang evolusi pertama manusia datangnya dari monyet. Bagusnya game ini kita dapat mempelajari ilmu sains yang tidak banyak di ajar di dalam bentuk gaming. Jadi kalau korang nak cuba main game Ancestors, boleh dapatkan di platform gaming Epic game.

rating game Ancestor
5/10  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *