Tentang Kami

Sekumpulan sahabat yang  suka main game dan mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia permainan video. Berbeza dari segi latar belakang dan minat, namun disatukan oleh satu tujuan yang sama iaitu untuk berkongsi minat dan idea kami terhadap industri gaming dengan anda. Bermula sekadar untuk menulis saja – saja sehingga berkembang menjadi penulis yang berdedikasi dalam industri ini.

Di platform kami, anda akan menemui pelbagai artikel yang kami rasa anda akan suka tentang dunia permainan. Dari review yang santai dan mendalam mengenai permainan terbaru, hingga analisis blog yang memberikan kritikan pemikiran tentang trend terkini dalam industri. Kami berusaha untuk memberikan pandangan yang jujur dan berinformasi. Selain itu, kami juga menyediakan review filem berkaitan permainan video serta berita terkini yang tidak akan anda temui di tempat lain.

Jom sertai kami dalam perjalanan ini, kerana kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan semangat kami dengan komuniti permainan yang lebih luas. Teruskan bersama kami untuk maklumat terkini dan analisis yang mendalam tentang dunia permainan video yang sentiasa berubah!