Dalam dunia gaming, kategori game horror dan survival dah tak asing lagi rasanya buat para pemain. Kali ni aku nak review sikit tentang pengalaman aku sendiri main salah satu game yang ada kedua elemen ni, iaitu The Forest. Basically, pemain akan berperanan sebagai seorang survivor yang terlibat dalam nahas kapal terbang terhempas dan terdampar di sebuah pulau terpencil yang dipenuhi dengan makhluk misteri. Dari sinilah cabaran pemain akan bermula sebagai seorang survivor dalam dunia horror.
Grafik dan Rekaan
Satu perkara yang menonjol bagi aku tentang The Forest adalah kualiti grafik. Bagi pemain yang ada high graphic support, permainan ini akan nampak lebih realistik dari segi visualnya. Segala visual dalam hutan, dari daun dan ranting yang bergerak dengan angin hingga ke bayangan di atas tanah. Tak kurang hebat jugak dari segi rekaan pulau seperti persisiran pantai, air laut gua dan bangunan yang sangat terperinci.
Tambahan impak game The Forest ni untuk aku adalah dari segi game lighhting. Di waktu siang, visual pemain boleh di anggap menenangkan. Bila kala malam pula, pemain akan terasa lebih thrill kerana kegelapan malam membuatkan rasa macam terbatas dari segi keselamatan dan pergerakan. Batasan ni yang menambahkan ketegangan pada pemain untuk explore dunia The Forest ni.
Game Mode
The Forest mempunyai beberapa mode permainan dan mode yang aku cuma nak highlight dua sahaja; Singleplayer dan Multiplayer(Coop). Bagi aku pemain akan rasa lebih struggle dalam eksplorasi dalam mengumpul material dalam mode Singleplayer. Dari aspek berhadapan dengan makhluk misteri pulak, pemain kerap perlu melarikan diri dan berada dalam situasi disadvantage kerana makhluk tersebut kebanyakkan bergerak dalam kelompok yang ramai.
Untuk kelebihan Multiplayer(Coop) mode, antaranya pembinaan dan penghasilan sesuatu barang akan lebih mudah dan cepat disebabkan ramai pemain boleh kumpulkan material secara serentak. Selain tu, pemain akan kerap berhadapan dengan momen pengurangan health point atas beberapa faktor iaitu kesejukan, kebakaran, jatuh dari tempat tinggi dan jugak kesakitan dalam melawan makhluk misteri. Jadi, pemain boleh memberi bantuan dalam menghidupkan semula pemain lain tanpa perlu berpatah balik ke checkpoint sebelumnya.
Survival Gameplay
Secara asasnya, pemain perlu mencari makanan, bahan binaan, dan sumber air untuk terus hidup. Dari permulaan game lagi pemain akan nampak status indicator antaranya dari segi tahap lapar dan dahaga, sejuk serta stamina pada interface. Selain tu, survival instinct pemain juga akan dicabar beberapa kali kerana perlu berhadapan dengan makhluk misteri yang menghuni hutan tersebut. Pemain mempunyai peluang untuk menghasilkan beberapa jenis senjata daripada material yang di kumpulkan di seluruh kepulauan tersebut. Ini bertujuan untuk membantu ekpolarisi pulau dan mempertahankan diri dari makhluk misteri yang muncul.
Satu aspek lain yang menarik dalam gameplay The Forest adalah sistem pembinaan. Pemain boleh membina perkhemahan, perangkap, dan bangunan lain untuk melindungi diri daripada makhluk misteri dan musuh yang lain. Pemain juga boleh menyesuaikan perkhemahan anda dengan menambah peralatan dan perabot yang diperlukan. Selain daripada itu, terdapat juga elemen eksplorasi dalam permainan ini. Pemain boleh menjelajahi hutan, gua-gua yang gelap, dan bangunan yang terbiar untuk mencari bahan-bahan yang berguna.
The Forest dan Sequel
Secara keseluruhan, aku agak kagum dengan unsur elemen dalam The Forest. Gabungan elemen grafik dia yang realistik dan gameplay yang beragam, dan sedikit sebanyak mengasah creativity crafting dalam game agak terkesan buat aku sebab aku jenis yang memang minat pada simulation game. Sequel game ni, Son of the Forest jugak baru direleasekan pada tahun lepas. Mungkin aku akan review sequel ni pada entri akan datang. Jika korang suka dengan permainan survival dan horor, The Forest adalah pilihan yang aku memang recommend untuk korang.
Korang boleh dapatkan game ni di Steam.
Overall rating aku
Baca lagi artikel Coral Island Kehidupan Santai di Pulau.