Starfield : Mind-Blowing

starfield

THE NEW ERA

Starfield adalah sebuah game sci-fi adventure yang di terbitkan oleh bethesda studio. Daripada pencipta game Fallout dan Skyrim, pada kali ini mereka mengeluarkan game terbaru yang berjudul Starfield. Game ini telah bekerjasama dengan NASA bagi menjadikan game sci-fi adventure terbaru mereka ini lebih realistik dan menarik, dan percaya atau tidak? Pembikinan game ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun lebih sampai sekarang, gila kan. Jadi jom kita review sedikit sebanyak pasal Starfield.

Starfield telah membuka posibility buat para gamers untuk betul-betul explore setiap planet. Bukan sahaja pada planet, malah gamers boleh juga explore di ruang angkasa baru dengan gravity jump seakan interstella. Gila kan!! Yang membuatkan game ini lebih gempak adalah dengan feature dimana kita boleh membawa sebuah kapal angkasa dan kawal kapal angkasa itu, macam bawa kereta. Gila besar kot angkasa lepas. Tidak habis disitu, korang boleh custom dan modified kapal angkasa korang. Kalau agak-agak malas nak beli atau custom kapal sendiri, korang boleh juga nak curi kapal angkasa orang lain, macam dalam game GTA. Memang gila lah game ini, padu habis. Jadi kalau siapa yang space nerd tu aku memang cadangkan lah untuk korang main game Starfield.

starfield

Apa yang menarik?

Selain itu, gameplay ini mempunyai feature sama seperti game Fallout dan Skyrim dimana ia adalah berkonsepkan open world. Jadi memang akan makan masa untuk habis kesemua main dan side quest storynya. Ia juga menawarkan konsep membeli property atau memilik kediaman rumah. Jadi gamers boleh lah nak ada base sendiri dan ubah suai rumah korang. Tapi jangan risau guys! kalau korang duduk dekat rumah tu sorang-sorang dan berasa sunyi? Haa korang juga boleh ber romance dengan character yang diberi. Maksud nya korang boleh bercinta dan berkahwin dengan beberapa character di dalam game Starfield ini. Memang beyond posibility.

Yang membuatkan aku paling suka game terbitan bethesda ini adalah dengan feature camera dia. Mereka memberi gamers pilihan untuk menukar dari 3rd person view ke 1st person view. Jadi ini membolehkan gamers selesa dengan style dan cara gaming korang. Tapi pada pendapat aku, korang better main game Starfield ini dengan high setting graphic. Sebab Ia akan membuatkan korang terasa hilang di dunia nyata dan pergi ke alam baru. Overall experience aku untuk Starfield, game ini masih menawarkan update-update terkini dan untuk korang beli dan main. Memang saya syorkan. Dan kepada gamers yang suka pada game yang panjang, openworld, dan adventure ini lah game dia guys. Starfield.

Rating 8/10

+ There are no comments

Add yours