Short Horror/Mystery Games Bagi Pemain Yang Kurang Masa

Short Horror/Mystery Games

Kebanyakkan game yang terkenal dalam genre horror/mystery kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk korang habiskan. Contohnya seperti The Evil Within, Silent Hill dan Resident Evil; yang paling kurang aku rasa dalam 10 jam baru boleh tamat. Itupun kalau yang memang betul mahir. Tapi bagi gamers yang kurang masa untuk bermain disebabkan kerjaya dan lain-lain, game yang time consuming macam tu memang rasa berminggu baru boleh habiskan. Dalam artikel kali ni aku nak share beberapa short horror/mystery games yang tak mengambil masa yang lama untuk korang habiskan.

Shinkansen 0

Watak pemain terperangkap di dalam bullet train berhantu di Jepun. Masih ada beberapa orang berada di atas gerabak bersama tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka. Cari anomali untuk maju di dalam kereta api dan sampai ke bilik konduktor.

Walau bagaimanapun, korang akan kembali ke tempat bermula jika membuat pilihan yang salah. Ini adalah permainan video seram anomali psikologi yang aku suka dari segi konsepnya yang simple. Berjalan melalui kereta api dan cari anomali. Korang memasuki satu pintu jika menemui anomali atau masuk ke pintu lain jika tidak menemui anomali. Pemain akan beralih ke kereta api seterusnya jika keputusan betul dan akan dihantar semula ke permulaan jika salah.

Kesukaran mencari anomali tak lah terlalu berat untuk aku dengan ruangan koc yang tak terlalu besar. Banyak juga kesalahan aku buat pada awal permainan tapi tak ambil masa yang lama untuk aku dapat hafalkan situasi koc tu. Walaupun dalam Shinkansen 0 ni kurang situasi dan elemen jumpscare, ia berjaya mewujudkan persekitaran dan suasana seram psikologi berserta orang-orang di atas kapal semuanya misteri dengan cara mereka. Aku ambil masa dalam 3 jam untuk habiskan kesemua ending yang ada.

Platform 8

Short Horror/Mystery Games

Berkonsepkan pemerhatian terhadap anomali pada persekitaran, game ni sama juga seperti game dari developernya yang sama iaitu Exit 8. Juga sama dengan game yang aku suggest tadi iaitu Shinkansen 0. Berbanding dua game tersebut yang memerlukan pemain memilih laluan berdasarkan kewujudan anomali pada persekitaran, game ni ada perubahan sikit pada sistemnya.

Korang sebagai pemain perlu teruskan ke koc hadapan sehingga tren sampai ke stesen/platform 8 iaitu Hachiban. Untuk maju ke stesen seterusnya pula, korang kena berhadapan dengan anomali misteri yang ada pada koc-koc tren dihadapan. Sama ada korang larikan diri, survive perubahan yang berlaku atau elak dari jelamaan aneh pada koc. Semua bergantung pada arahan dan petunjuk yang ada pada koc. Ada sesetengah anomali juga korang kena lepasi bergantung kepada logik tindakan yang patut korang buat.

Sama seperti kebanyakkan anomali lain, gagal untuk melepasi anomali yang berlaku akan membawa korang kembali ke starting point. Pembaharuan konsep ni yang buatkan aku lebih enjoy dengan keseluruhan game. Berbanding konsep menguji kepekaan pada setiap peringkat, game ni lebih mengajar cara berinteraksi dalam setiap situasi cemas. Untuk game ni aku rasa agak mencabar dan masa yang aku ambil untuk habiskan termasuk mencari keseluruhan anomali dalam game lebih kurang 5 jam.

Seven Nights Ghost

Short Horrror/Mystery Games

Pemain membawa watak sebagai  seorang ahli perniagaan yang menghabiskan tujuh hari di perumahan syarikat sebelum ia dijadual untuk dirobohkan. Malangnya, ruang kediaman sementara itu telah dihantui oleh hantu seorang wanita muda. Cabaran untuk pemain adalah perlu bertahan selama tujuh malam sambil membongkar cerita disebalik keberadaan ‘kawan baru’ tu.

Keseluruhan objektif dalam game ni bagi aku agak straight forward, tambahan lagi aku hanya perlu main dalam rumah tumpangan tu sahaja sepanjang game. Jadi agak memudahkan aku mencari dan selesaikan obejktif yang ada. Gangguan yang mungkin ada sepanjang permainan hanya kritikal pada hari-hari terakhir. Korang perlu bermain secara bergelap dan kena sentiasa berbolak balik melakukan misi dan mengalih tumpuan kearah hantu wanita muda yang cuba menangkap korang untuk menggagalkan misi.

Sejujurnya bagi aku, aspek fizikal hantu wanita muda tidak menyeramkan langsung. Malah, aku rasa hantu tu nampak cantik sepanjang bermain. Ini mungkin ada kaitan dengan situasi yang berlaku pada pengakhiran game ni supaya pemain tidak berasa takut dengan hantu tu. Kalau korang nak tau pengakhiran apa yang aku maksudkan, korang kena cuba sendiri game ni. Masa yang aku habiskan adalah 2 jam 45 minit untuk habiskan keseluruhan cerita dalam Seven Nights Ghost.

Banyak lagi short horror/mystery games lain yang korang boleh cuba macam Exit 8, At Tony’s dan etc. Bagi korang yang nak alami sendiri game yang aku suggest tadi boleh dapatkan untuk PC korang seperti link kat bawah ni :-

Isey https://revolusigamer.com/

Hari-hari kerja keras. Masih dalam cubaan penulisan. Kaki game simulator, strategi, open-world, kompetitif

+ There are no comments

Add yours