Seven Kingdoms Ancient Adversaries
Seven Kingdoms Ancient Adversaries adalah game pertama yang memperkenalkan aku kepada game real time strategy. Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an dan 90an mesti tahu pasal game ini. Seven Kingdoms Ancient Adversaries adalah game di bawah terbitan Enlight Software Limited yang di keluarkan pada tahun 1998.
Dalam game ini, ada tujuh kingdom yang membolehkan korang untuk pilih dan lawan kingdom yang lain sama ada menakluki, ambil bangunan dengan perisik atau menawarkan wang untuk menakluk kingdom mereka. Menariknya game ini tidak terhad kepada war dan conquer sahaja tapi ada pelbagai cara untuk menang, baik dari segi ekonomi atau pimpinan melalui diplomasi.
Grafik dan Gameplay
Game ini menggunakan perisian 3D model dalam permainan mereka dan tak terasa janggal kerana 3D model yang digunakan nampak relevan dan senang untuk di mainkan. Menggunakan interface yang simple memudahkan korang untuk control askar atau bangunan korang ke tempat mana yang korang nk tuju.
Dalam game ini ada seven civilization yang korang boleh pilih antaranya Japanese, Chinese, Mayans, Persians, Vikings, Greeks dan Normans. Setiap civilizations mempunyai senjata dan cara lawan yang tersendiri. Menariknya setiap civilization ini korang boleh summon makhluk diorang sendiri. Macam Normans korang boleh summon Naga untuk bantu korang kalahkan kingdom lain.
Traditional game yang mana korang kena cari sumber sendiri untuk bina kerajaan korang. Gameplay Seven Kingdoms sebenarnya banyak mengajar korang tentang pengurusan ekonomi negara. Bagaimana korang nak survive dengan membuka kilang pemprosesan seperti iron dan tin. Bagaimana korang nak naikkan sumber kewangan negara dengan trade barang dengan negara yang lain.
Baca lagi tentang RESIDENT EVIL 3 : ZOMBIE GATAL
Cara Nak War
Pelbagai strategy yang korang boleh gunakan untuk memenangi game ini dengan bergaya. Salah satunya adalah dengan membina askar yang ramai dan senjata perang yang moden. Tetapi untuk main game ini dengan cara yang best adalah dengan menggunakan alatan yang disediakan seperti pengintip, diplomasi dan sumber ekonomi yang kukuh.
Fungsi pengintip ini jarang ada dalam game real time strategy yang lain. Fungsi pengintip ni korang boleh menyamar jadi askar negara lain dan masuk terus ke bangunan, village atau fortress musuh. Pengintip ini bukan sahaja boleh mengintip jumlah askar tapi juga boleh mengintip hasil negara musuh korang. Cara ini juga korang boleh kalahkan musuh tanpa menggunakan askar yang ramai.
Ciri diplomasi dalam game ini membolehkan korang untuk berdiplomasi ke negara musuh sama ada untuk bersatu sebagai alliance, berjual beli untuk menjana ekonomi korang atau bersekutu dan menyerang musuh yang lemah.
Mengukuhkan ekonomi korang dalam game ini membolehkan korang untuk membeli negara lain dengan menawarkan wang yang banyak kepada mereka. Cara ini memudahkan korang untuk conquer negara – negara yang baru nak membangun dan menjadikan korang lebih kuat.
Kesimpulan
Seven Kingdom menawarkan pengalaman bermain yang sangat addictive. Korang tak akan rasa masa berlalu dengan pantas kerana banyak perkara yang boleh di buat di dalam game ini. Korang boleh main sehingga bertahun lamanya dan membina empayar yang kuat sehingga tiada yang boleh menentang korang. Personally game ini adalah game kegemaran aku walaupun game ini dikeluarkan pada tahun 1998. Korang boleh dapatkan game ini di Steam pada harga RM 6.00 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba game ini.
Rate game ini 9/10