Sea of Thieves Update Dengan Senjata Yang Terbaru Untuk 2024

Developers Sea of Thieves telah share kan beberapa update terbaru untuk tahun 2024

Pada update kali ini, developers Sea of Thieves telah berkongsi beberapa perkara dan apa yang pemain boleh agak untuk update terbaru buat tahun 2024. Mereka telah berkongsi tentang senjata baru, items dan kapal baru khas untuk pemain.

Game pengembaraan kapal lanun zaman dulu kala ini telah berjaya memikat hati pemain dengan grafik yang cantik dan permainan yang memukau dalam first person action adventure ini. Oleh kerana game ini sentiasa mendapat update yang terkini, telah membuatkan game ini antara game multi – player yang popular kerana pemain dapat bermain bersama rakan – rakan dalam pengembaraan mencari harta karun.

Dalam Preview Event terbaru ini, developers Rare telah membuat announcement tentang apa yang pemain akan dapat enjoy bila update terbaru ini tiba. Video 20 minit di bawah memberikan gambaran tentang content terbaru and juga Easy Anti – Chear game mode to Sea of Thieves. Antara items terbaru termasuk Grapple Gun, Cannonball yang baru dan juga kapal baru yang diberi nama The Burning Blade.

Items baru dalam Sea of Thieves 

  • Double Shot Pistol 
  • Wind Caller 
  • Scattershot 
  • The Burning Blade 
  • Stealth 
  • Grapple Gun 
  • Ziplines 
  • Skeleton Camps 
  • Traps 

Permulaan Season 12 akan tiba pada 30 April, di mana beberapa items seperti throwing knives dan Double Shot Pistol. Items ini membolehkan pemain untuk tembak dua kali gus secara serentak atau satu kali dalam tembakan. Cannonball yang baru yang dipanggil Scattershot juga akan diperkenalkan.

Season 13 akan memperlihatkan kemunculan Sea of Thieves villainous Captain Flameheart. Dengan kapal Burning Blade versi nya sendiri, pemain perlu berlawan dengan sepuluh cannon kapalnya jika ingin bersaing dengannya. Jika berjaya menawan kapalnya yang dilengkapi dengan flamethrower, pemain boleh menghancurkan kapal pemain lain.

Pada season 14 pula, pemain akan diperkenalkan dengan beberapa mechanisma baru dan alatan. Mechanisma baru akan membuatkan lawan dengan musuh menjadi lebih seronok. Stealth mechanic juga diperkenalkan di mana pemain dapat menyamar menjadi kotak harta karun. Paling menarik update kali ini adalah Grapple Gun di mana pemain bole menggunakannya ke atas pemain lain. Grapple Gun juga boleh digunakan untuk memanjat bukit atau kapal membuatkan permainan Sea of Thieves bertambah seronok.

Ini adalah serba sedikit tentang update terbaru yang bakal muncul dalam Sea of Thieves Season terbaru. Jangan lupa untuk mencuba beberapa senjata, items dan mechanisma baru dalam game ini.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *