Rocket League : Game Berpotensi di’Hype’kan!

Korang minat game bola dan game kereta. Macam mana kalau dua genre game ni combine. Salah satu game yang aku nak recommend kat korang ni adalah ‘Rocket League’. RL mungkin tak berapa terkenal dalam industri gaming kita tapi dia salah satu game yang masih punyai komuniti yang hebat di Western Country. RL ni game yang mudah untuk grasp tapi agak mencabar untuk dimasterkan. Aku sendiri main dan aku rasa game ni agak santai dan sesuai untuk main dalam masa pendek. Dari segi audio dan visual dia pun agak puas hati. In addition, game ni ada soundtrack yang korang boleh layan bersesuaian dengan mood kita nak main game tu. Graphic dia pulak bagi aku agak colourful so bagi korang yang ada masalah pening tu pandai lah adjust kualiti in-game dia.

SUMBER : PSYONIX

Gameplay..

Basically, game ‘Rocket League’ ni ada 2 side team(macam game bola) dan korang kena kawal kereta korang untuk jaring gol pihak lawan dalam masa 5 minit. Sekiranya score untuk dua pihak seri, akan ada masa tambahan sehingga salah satu pihak dapat jaring gol lebih, kiranya gol kalah mati. Apa yang menarik bagi aku game ni adalah mekanikal game ni. Korang memang kena mahir dari segi controlling dalam attemt nak score gol. Dalam game ni akan ada boost particle atau pad untuk korang collect so that akan ada advantage kelajuan waktu control.

Mode game..

Game ni jugak ada beberapa basic mode macam 1v1, 2v2 dan 3v3. Untuk game yang ada teammate bagi yang main dengan orang luar agak susah untuk discuss, so perlu rancang bila perlu rotate offensive atau defensive. Ada juga mode menarik lain macam mode hoop(gol berubah seakan bola keranjang), snow day(bola berbentuk puck dalam hoki ais) also beberapa lagi mode lain yang menarik.

SUMBER : PSYONIX

Mode kompetitif..

Korang jugak boleh main mode kompetitif untuk dapatkan rank korang dalam game ni. Kelas rank bermula dari bronze, silver, gold, platinum, diamond, champion, grand champion dan yang paling atas dan banyak pro player main adalah super sonic legend. Honestly, aku sendiri main dari 2020 dan masih sangkut dekat rank platinum sebab tak cuba build skill and main bila terluang je.

Tournament..

Bila korang dah banyak main mode kompetitif ni, akan ada rasa nak try bersaing dengan orang lain lagi bila kau ada team sendiri. Dalam game ni korang boleh join mini tournament yang diorang ada anjurkan secara harian. Aku banyak join short tournament ni sebab kejar reward and secara tak langsung improve gameplay aku sendiri.

SUMBER : PSYONIX

Musim, cabaran dan ganjaran..

Lagi yang menarik pasal game ni aku rasa tentang pembaharuan musim dia. Dalam 3 ke 4 bulan akan ada perubahan musim baru. Kalau korang jenis rajin grind banyak reward yang korang boleh claim dalam satu musim. Sistem game profil korang akan ada progressive level experience dan dalam setiap level tu disediakan reward yang boleh di claim. Macam banyak game lain, game ni pun ada sediakan beberapa challenge untuk korang complete kan dalam satu tempoh dan bagi aku agak mudah untuk settlekan. Challenge ni pulak dia akan bagi reward dalam bentuk item atau experience. Untuk game ni korang ada pilihan untuk main secara F2P(Free-to-play). Bagi yang berduit sikit tu boleh lah beli credit dia dan dapatkan customization dari offer yang ada di shop. Either way bagi aku tak rugi pun korang nak grind game ni.

Customization..

Pasal customization juga aku rasa perlu untuk highlight sebab dia agak special berbanding beberapa game lain yang aku dah main. Untuk kereta yang korang guna, ada pilihan untuk korang make up macam mana pun, tapi game ni bukan sekadar cosmetic semata. Setiap bodyshape kereta yang korang pilih ada effect dekat sentuhan bola. So korang memang kena pilih kereta yang paling sesuai dengan keselesaan controlling korang. Selain tu, pemilihan boost effect pun aku rasa penting sebab boleh kacau vision korang waktu drive.

SUMBER : PSYONIX

Platform..

Game ni korang boleh main dekat beberapa platform berbeza macam Nintendo Switch, Playstation 4, Xbox One dengan PC. Jangan risau kalau korang nak main dengan member2 tapi lain device sebab game ni cross-platform dan korang masih boleh jumpa dan main dengan kawan korang.

Kesimpulan..

Overall bagi aku game ni seronok untuk main dalam waktu lapang, lebih seronok kalau boleh ajak geng korang main sekali. Even so agak challenging bagi aku kadang sebab dari segi matchmaking game ni masih kena ada perbaiki lagi sebab kerap akan jumpa player yang rank dan skill jauh lebih tinggi tapi dari segi positifnya kita boleh belajar dari gameplay tu. Untuk yang main game ni dekat PC aku recommend yang baru nak mula tu sesuaikan diri guna controller as device untuk control sebab aku sendiri main beberapa tahun ni guna keyboard dan rasa agak susah nak master dari controlling guna keyboard dan mostly pro player pun memang pakai controller.

Boleh dapatkan game ni PERCUMA di:-

Epic Games

Rating : 8/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *