RESIDENT EVIL 3 : ZOMBIE GATAL

Resident Evil 3 adalah sebuah game horror classic yang telah berjaya di platform playstation 1 suatu ketika dahulu. Capcom lalu telah membuat remake semula game ini pada tahun 2020. Ini kerana game ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan gamers terutamanya streamer. Walaupun gameplay nya agak santai, tetapi di situlah bermulanya Resident Evil untuk menguji ketahanan minda anda.

Pada kali ini, saya akan review game Resident Evil 3. Dan adakah game ini masih releven untuk dimain pada tahun 2024. Capcom mempunyai banyak keluaran game-game yang best terutamanya Resident Evil series, antaranya RE 2, RE 3 dan RE 4. Dia bermula apabila seorang watak perempuan yang bernama Jill telah menyiasat sesuatu insiden outbreak, dalam masa yang sama, kejadian wabak ini pun berlaku dan secara tiba-tiba. Jill diserang sebuah makhluk gergasi bernama Nemesis. Di situ lah game ini akan bermula.

RESIDENT EVIL 3

Aku tertarik dengan mekanisma game ini yang masih membawa elemen lama dari platform PlayStation 1. Capcom kekalkan gameplay yang pace nya slow, seram dan suspen. Jadi minda dan andreneline korang akan sentiasa diuji. Zombie nya tidak terlalu aggresif seperti game zombie lain, seperti Left4Dead, dan Dying Light. Dan bagi pendapat aku, itulah identiti bagi game Resident Evil ini.

Resident Evil 3 kalini membawa remake yang bagi aku sangat best dari beberapa aspek seperti acting wise pelakon mereka dan story plot yang menarik. Korang macam tengah tengok filem pun ada. Konsep kucing mengejar tikus dimana watak Jill ini akan sentiasa dihantui makhluk Nemesis. Seram do kena kejar dengan makhluk besar gedabak tu. Dan Itu yang membuatkan game series ini lain daripada yang lain.

Dari sebuah game unrealistic, ke sebuah game moden. Series ini adalah sebuah game series yang korang wajib main.

Rating 8/10

sekian dari aku, jom sambung baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *