PALWORLD Nak Tambah Platform Lagi?
Developer Palworld, PocketPair nak tambah platform daripada platform yang sedia ada PC dan Xbox ke platform yang lain. Permainan video ini mendominasi pasaran gaming dengan jualan melebihi 10 juta copies dalam masa seminggu sahaja. Game yang seakan pokemon ini bertemakan open world yang terus mendominasi menerima feedback yang positive dari para gamer.
Game yang menyerupai Pokemon ini sangat digemari kerana permainannya tidak terbatas kepada satu benda sahaja. Dengan pelbagai customization semestinya membuatkan game ini digilai ramai. Walaupun sering di samakan dengan permainan video Pokemon, game ini mempunyai peminat yang tersendiri.
Baca lagi di sini tentang The Hunter: Call of the Wild – Pengalaman Memburu dengan Keindahan Alam Semulajadi
PALWORLD nak Studio besar
Dengan perkembangan game yang meningkat naik, Pocketpair selaku developer berkata mereka mungkin tidak akan kekal independence selamanya. Memetik interview dengan Bloomberg, pencipta Palworld, Takuro Mizobe terbuka untuk sebarang acquisition atau partnership dengan mana – mana pihak yang berminat dengan mengatakan bahawa Palworld “terlalu besar untuk mereka handle dengan capacity yang mereka ada”.
Game Indie yang diminati ramai dengan jumlah 25 juta permain dalam sebulan, hampir pasti untuk mereka berkembang jika mereka muncul di platform lain seperti Nintendo Switch, PlayStation dan Mobile gaming. Permainan video ini boleh di dapati di Steam pada harga RM64.80 sehingga 16 April ini.
Sumber berita