ORIGINAL VS RIP-OFF : Coral Island
Game yang kita main adakalanya memang boleh menjadi satu memori indah. Tengok sahaja pada fenomena game Pokemon, hampir satu dunia mengenali dan main game tersebut. Tidak lupa juga game-game lain seperti CounterStrike, yang menjadi sebuah game pvp terawal di zaman gaming abad ini. Akan tetapi setiap game, akan ada versi copy nya dan adakala lebih baik dari versi original. kenapa ia boleh terjadi? Jom aku ceritakan kenapa.
Baru-baru ini telah viral game Palworld yang dikatakan telah meniru game Pokemon. Pada pandangan mata kasar ia memang seakan sama. Kalau dilihat dari aspek gameplay nya juga memang ketara di mana gamer boleh menangkap setiap monster yang kita inginkan. Ada juga monster-monster yang berkeliaran mengikut habitat masing-masing seperti habitat air, hutan dan udara. Kalau dilihat aspek mekanisma gameplay dari Pokemon, ternyata Palworld telah meniru sebiji-sebiji. Tetapi kenapa Palworld boleh mendapat sambutan? Ia kerana ada penambah baikan dari segi gameplay. Palworld telah membuat gamenya kelihatan jauh lebih cantik dan graphic nya juga memuaskan.
NEW FEATURE
Berbanding pokemon, setelah berpuluh tahun, ia masih sama sahaja dan tiada apa-apa perubahan. Banyak inovasi yang telah di baik pulih oleh pocket pair yang membuatkan Palworld berjaya. Palworld juga meletakkan feature senjata di mana kita boleh menembak dan berperang di dalam itu, berbeza dengan prinsip pokemon yang hanya berpegang dengan konsep monster battle sahaja. Dan yang membuatkan game Palworld berjaya ialah dengan adanya gameplay farming, dimana kita boleh upgrade segala jenis barang seperti membuat base kawasan, buat senjata, ada pekerja dan lain-lain. Jadi kita tahu kenapa ia boleh memdapat sambutan jualan di platform gaming.
Selain daripada itu, terdapat juga game baru yang telah berjaya membunuh siri original mereka (harvest moon), iaitu game Coral Island. Game ini begitu bagus dan bagi pendapat aku kenapa siri harvest moon akan lingkup ialah kerana mereka(coral island) telah membuat banyak feature baru. Harvest moon memang sebuah game yang best, akan tetapi siri-siri yang mereka telah keluarkan sekarang ini dilihat semakin merudum dan kebelakang. harvest moon mempunyai lebih kurang 10 siri tetapi gameplay mereka tetap sama. Hanya bertukar tajuk dan design, dan tidak ada new feature membuatkan game ini semakin tidak releven.
Berbeza pula dengan CoralIsland, mereka berjaya membuatkan game itu boleh dimain dan dinikmati. Feature seperti fast travel, new activity dan feature explore di bawah laut membuatkan Coral Island ini antara game inovasi terbaik. Campuran antara The Sims di bahagian character dan harvest moon di bahagian gameplay, ia membuktikan bahawa setiap game perlu ada perubahan.
Bagi pendapat aku, amat merugikan jika game-game yang best ini tidak di perbaiki. Review di kalangan pembeli juga harus di tituk beratkan jika sesebuah game ini berjaya. Jadi apa list korang yang ada yang patut di copy, cuba listkan..
jom sambung baca..