nintendo Switch masih relevant di tahun 2024?
Nintendo Switch Oled

Korang rasa Nintendo Switch masih relevant pada tahun 2024? Jawapannya adalah masih lagi relevant kerana masih banyak yang dapat di offer oleh Switch kepada pemain. Nintendo Switch adalah gaming console mudah alih yang popular kerana memperkenalkan tablet dengan ciri buka dan cabut untuk kedua controller-nya. Gaming console ini telah berada di pasaran sejak dari tahun 2017 lagi. Gaming console dari Nintendo sememangnya di nanti kerana banyak game exclusive Nintendo hanya boleh di mainkan di console Nintendo sahaja. Mula diperkenalkan dengan generasi V1, Lite, V2 dan yang paling terbaru Oled.

Generasi Switch dan Switch Lite

Banyak perbezaan di antara Switch dan Switch Lite. Switch boleh dikatakan sebagai console yang premium kerana console ini boleh di mainkan di TV berbanding dengan Switch Lite yang hanya sebagai handheld. Switch juga dilengkapi dengan cable HDMI, Dock, controller strap, charger dan hand grip. Manakala Switch Lite hanya diberikan charger sahaja.

Switch V1,V2 dan Oled adalah Switch yang lebih besar dan lengkap jika nak dibanding kan dengan Switch Lite. Pada asasnya kedua console ini menggunakan chipset yang sama dari segi hardware tetapi berbeza size screen. Lite menggunakan screen yang lebih kecil, V1 screen size sederhana, V2 besar sedikit manakala Oled Menggunakan screen yang lebih besar.

Baca lagi tentang PlayStation : Revolusi Game Moden

nintendo switch
Nintendo Switch

Pilihan Games Nintendo Switch

Switch Games

Keterbukaan Nintendo membolehkan pelbagai game untuk di masukkan ke dalam system mereka. Bukan sahaja game exclusive mereka, tetapi game dari pelbagai platform juga boleh di mainkan di system Nintendo. Game Retro, remake dan moden juga banyak dan boleh dikatakan berbaloi.

Game Switch boleh di muat turun atau beli fizikal game sama ada di Eshop (Bergantung pada Region) atau di kedai berhampiran anda seperti Impluse Gaming, Gamers Hideout untuk game yang baru. Oleh disebabkan komuniti gaming Switch di Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun ini, banyak secondhand game yang dijual semula dari gamer atau reseller seperti Marhaen Gamer yang menjual semula game pada harga yang berpatutan.

Hardware Gaming

Nintendo Switch menggunakan hardware yang boleh dikatakan agak ketinggalan jika nak di bandingkan dengan console yang sedia ada. Apabila bermain game kadang kala akan terasa seperti lagging sikit dan bila nak loading game akan ambil masa. Grafik permainan juga tidak la High Definition seperti bermain di Play Station dan PC tetapi acceptable untuk main game.

Tetapi walaupun mempunyai hardware yang ketinggalan zaman, Switch masih berbaloi kerana masih menerima game keluaran baru. Game baru dijangka tidak akan terhenti pengeluarannya kerana masih lagi high demand untuk console ini.

Nintendo Switch Pro

Khabar angin tentang Nintendo Switch Pro telah lama diperkatakan sejak 2022 lagi. Tetapi sehingga kini masih belum di keluarkan. Ada desas desus yang mengatakan Switch Pro akan dikeluarkan pada tahun 2025 namun belum dapat dipastikan lagi kebenarannya.

Kesimpulan

Pendapat peribadi aku, setelah bermain untuk kedua – dua jenis console ini jika korang jenis yang tak kisah untuk main game di handheld sahaja adalah lebih baik untuk beli Switch Lite kerana harganya beli murah. Bermain di Lite lebih seronok sebab lebih grip kerana controller-nya sudah attach dengan body.

Andai korang jenis yang suka main main di TV dan kadangkala nak main secara handheld, lebih sesuai untuk beli Switch Oled jika ada bajet lebih. Aku lebih suggest untuk beli Oled berbanding V1 atau V2 kerana Oled menawarkan screen yang lebih besar, bateri yang lebih tahan lama dan screen oled yang sangat cantik. Walaupun chipset lebih kurang sama tetapi screen oled lebih memberikan kepuasan dalam bermain.

Zhuge https://www.revolusigamer.com

Game strategy dan role playing games.

+ There are no comments

Add yours