“There, Earth. I Wish You Could See It Like I Do, Shepard. It’s So… Perfect.”

~ Illusive Man
Previu Mass Effect Legendary Edition

Permainan video yang pernah memenangi anugerah “BAFTA Games Award for Best Game – Mass Effect 2 (2011)” dan “Golden Joystick Award for PC Game of the Year – Mass Effect 1 (2008)”. Apakah yang membuatkan permainan video ini memenangi anugerah terbaik tahun 2011? Mari bersama kita selidik dan fahami bagaimana Mass Effect Trilogy sangat berjaya pada tahun tersebut.

Commander Shepard (Human Spectre for Citadel Council)

Commander Shepard watak utama di dalam Mass Effect Trilogy merupakan ejen khas mewakili manusia di dalam Citadel Council (badan permerintahan utama di alam semesta Mass Effect).

Apa yang menarik di dalam Mass Effect Trilogy, pemain boleh mereka bentuk watak utama mengikut citarasa tersendiri dan paling utama setiap pilihan yang dibuat semasa bermain akan memberi implikasi pada penghujung Mass Effect Trilogy ini.

Normandy SR-1

Okay, kembali ke Mass Effect 1. Dimulai dengan Commander Shepard menjadi ejen khas manusia pertama di dalam Citadel Council. Misi pertama Commander Shepard adalah untuk menyiasat ejen khas yang telah berpaling tadah bernama Saren Arterius (kaum Turian). Rancangan utama Saren adalah untuk mengembalikan The Reapers (kaum sintetik termaju) yang cuba menghapuskan semua makhluk organik di alam semesta ini.

Pasukan Commander Shepard

Jika anda meminati permainan video yang berunsur open-world, penceritaan yang menarik dan aksi penuh dramatik bergenre galaktik cosmos, amatlah disarankan untuk mencuba Mass Effect Trilogy ini. Namun, untuk pemain yang rasa sakit mata melihat grafik lama boleh cuba Mass Effect Trilogy – The Legendary Edition. Game ini telah pun ditambah baik secara total dari segi grafik terutamanya.

Perbandingan Trilogy dengan Legendary Edition

Sebelum terlupa, Mass Effect Trilogy boleh dimain di Xbox One, PlayStation 4, Xbox Series X/S, PlayStation 5, dan juga PC. Permainan video Mass Effect Trilogy ini boleh dimuat turun melalui platform Steam, Epic Games dan EA app.

Penilaian:-

  • Penceritaan: 9/10
  • Aksi Permainan: 8/10
  • Peribadi: 8.5/10
shadow

Game ikut mood.

+ There are no comments

Add yours