Mass Effect 2 - Shepard Masih Hidup? (2010)

Mass Effect Legendary Edition

“I made you, Shepard! I brought you back from the dead!”

~ Illusive Man

Cerita dalam Mass Effect 2 mengambil tempat dua tahun selepas peristiwa dalam permainan pertama. Commander Shepard, seorang pelopor berpangkat elit dalam tentera manusia, dianggap mati selepas kapalnya diserang oleh identiti misteri yang dikenali sebagai Collectors. Namun, terbukti bahawa Shepard masih hidup dan diselamatkan oleh organisasi rahsia yang kuat, Cerberus.

Shepard diberikan tanggungjawab untuk menyiasat kebangkitan misteri Collectors dan ancaman mereka terhadap manusia dan galaksi. Dalam misi untuk mengumpul maklumat tentang Collectors, Shepard disertai kembali bersama rakan-rakan seperjuangannya yang lepas.

Mass Effect 2

Kisah bermula ketika Shepard berusaha membina kembali pasukan yang kuat untuk menghadapi Collectors. Untuk melakukan ini, Shepard terpaksa melakukan kerjasama dengan pelbagai watak, termasuk yang baru dan yang lama dari permainan sebelumnya. 

Sepanjang ekspedisi, Shepard berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk konflik etika, perselisihan politik, dan tentangan daripada musuh yang kuat. Antara musuh yang dihadapi selain Collectors adalah, Mercenary Groups, Rogue AI dan Geth, Yahg.

Mass Effect 2

Di kemuncaknya, Shepard dan pasukannya menyusun strategi untuk menyerang markas Collectors dalam satu misi yang penuh berisiko. Setelah melalui pertarungan yang epik menentang Collectors, akhirnya Shepard dan pasukannya berjaya mengalahkan Collectors.

Kesimpulannya, Mass Effect 2 menjanjikan pengalaman epik yang memuaskan, di mana pemain dibawa melalui ekspedisi yang emosional dan berliku dalam usaha untuk menyelamatkan galaksi daripada ancaman musuh. Dengan kisah yang mendalam, karakter yang kompleks, dan pilihan yang bermakna, permainan ini mewujudkan sebuah pengalaman yang tiada tandingannya dalam alam semesta sains fiksyen.

Bagi sesiapa yang masih belum cuba bermain game Mass Effect ini, boleh dapatkan Mass Effect Legendary Edition di mana-mana platform seperti PS Store, EA Store dan juga Steam.

shadow

Game ikut mood.

+ There are no comments

Add yours