Manor Lords Early Access
Hi korang, kali ini aku akan review game strategy Medieval iaitu Manor Lords yang masih dalam Early Access. Indie Game ni di hasilkan oleh Slavic Magic dan release pada 26 April 2024.
Manor Lords Early Access
Hi korang, kali ini aku akan review game strategy Medieval iaitu Manor Lords yang masih dalam Early Access. Indie Game ni di hasilkan oleh Slavic Magic dan release pada 26 April 2024. Tapi korang jangan risau walaupun masih early access, game ni tetap best dan akan buat korang rasa nak main tanpa henti.
Lord Creation
Dalam Manor Lords, bila korang dah start new game, korang akan di bawa ke screen untuk lord creation. Dekat sini korang boleh pilih potrait character yang korang nak buat dan apa jenis coat of arms korang. Coat of arms ni kira macam lambang kemegahan empire korang. Dekat sini je confirm korang akan habis masa yang lama sebab nak create benda penting ni.
Game Setup
Game setup ni korang boleh pilih nak setup gameplay korang macam mana. Dekat sini ada 3 scenario templates yang korang boleh pilih. 3 jenis template yang korang boleh pilih, Rise to prosperity, Restoring the peace dengan On the edge. Macam aku, yang suka kebangkitan aku akan pilih Restoring the peace.
Rise to prosperity korang akan kena memenuhi keperluan rakyat korang. Perang tak ada sangat sebab main objective adalah untuk naikkan settlement korang sampai ke level Large town baru dikira menang.
Restoring the peace, scenario dia ada 2 territories di north yang di ambil oleh orang lain dan korang kena build up settlement korang dan fight sampai menang. Bagi aku yang suka game strategy, scenario macam ni yang aku akan main dulu.
On the Edge ni macam dah di hujung tanduk. settlement korang akan selalu di serang oleh raiders. Jadi korang kena survive semua attack oleh raiders dan kembangkan settlement korang ke Large town.
Baca lagi di sini tentang: Mass Effect 2 – Shepard Masih Hidup?
Gameplay
Mekanisma game ini walaupun nampak sama macam game strategi yang lain tetapi ada kelainan yang membuatkan game ini sangat fresh. Di sini korang akan ada 10 peasant yang akan bantu korang untuk naikkan settlement korang.
Bila korang dah start build up settlement, kadang kala korang akan rasa macam lama sangat nk build. Jadi korang kena speed up the process dengan tekan butang speed up di belah kanan bawah. Sebagai game city builder korang kena plan macam mana korang nak naikkan cepat bandar korang. Game ini menggunakan approval system di mana korang kena naikkan keperluan rakyat supaya tak ada ketidakpuasan dari population. Semakin tinggi approval, semakin bagus bandar korang.
Game ini adalah game bermusim, jika bermula di Spring maka akan berakhir di Winter dan seterusnya. Ini adalah penanda sebab akan ada satu masa raiders akan datang menyerang dan korang kena sediakan army.
Sumber seperti Clay, Stone, Iron ada di serata tempat. Jika korang tak ada sumber seperti Iron, korang boleh trade dengan settlement yang lain untuk naikkan keupayaan negara korang.
Overall
Overall banyak lagi penambahbaikan yang developer boleh buat. Oleh kerana game ini masih dalam early access aku yakin apabila dah keluar secara official nanti mesti akan ada banyak mekanisma menarik yang ada. Ini adalah antara game terbaik yang aku main dan korang patut cuba jika korang penggemar game strategi lagi – lagi game zaman medieval. Korang boleh dapatkan game ni yang masih early access di Steam.
Rating untuk game ini 4/5