Mafia The Old Country - Game Terbaru Mafia!

Mafia The Old Country adalah game terbaru untuk siri Mafia yang telah di umumkan pada Gamescom Opening Night Live 2024 yang berlangsung pada 20 August 2024. Ini merupakan game yang ke empat untuk siri Mafia dan cerita ini akan berkisah pada permulaan Mafia pada tahun 1900 di Sicily.

“Uncover the origins of organized crime with a gritty mob story set in the brutal underworld of 1900s Sicily. Fight to survive in this dangerous and unforgiving era. With action brought to life by the authentic realism and rich storytelling that the critically acclaimed Mafia series is known for.”

Mafia The Old Country - Game Terbaru Mafia!

Presiden Hangar 13, Nick Baynes, menambah, “kami kembali kepada asas-asas yang disukai peminat tentang francais ini. Kami mencipta naratif yang mendalam dan linear dengan suasana klasik filem mafia. Mengunjungi latar baru yang menakjubkan, dan menyampaikannya dalam pakej yang padat.”

Mafia The Old Country akan dilancarkan untuk PC, Xbox Series X/S, dan PS5 pada tahun 2025. Teaser yang baru akan merungkai lebih detail gameplay pada bulan Disember ini. Sementara itu, 2K mengumumkan bahawa semua game siri Mafia akan dijual dengan diskaun di Steam sehingga 2 September. Masukkan ke dalam wish list anda di Steam, PlayStation dan Xbox.

Zhuge https://www.revolusigamer.com

Game strategy dan role playing games.

+ There are no comments

Add yours