Mafia: Definitive Edition

Mafia Definitive Edition merupakan satu lagi remaster klasik yang sangat dinantikan oleh peminat genre aksi dan cerita dalam dunia permainan video.

Mafia Definitive Edition

Mafia Definitive Edition

Mafia Definitive Edition merupakan satu lagi remaster klasik yang sangat dinantikan oleh peminat genre aksi dan gangsterism dalam dunia permainan video. Dikeluarkan oleh Hangar 13 dan 2K Games, permainan ini adalah versi yang disegarkan dari “Mafia” yang asal, yang mula-mula dilancarkan pada tahun 2002.

Game ni di lancarkan pada 25 September 2020.  Jom baca apa yang ditawarkan oleh Mafia Definitive Edition dan sama ada ia memenuhi jangkaan aku sebagai seorang pemain dan peminat filem Mafia.

Storyline

Mafia Definitive Edition menghidupkan semula kisah Tommy Angelo, seorang pemandu teksi yang terlibat dalam dunia jenayah di Lost Heaven, sebuah bandar yang diinspirasikan dari Chicago pada era 1930-an. Permainan ini bukan hanya sekadar mengemaskini graphic yang baru, tetapi juga menambah baik sistem permainan dan penceritaan.

Graphic dan Sound

Salah satu aspek yang paling ketara dalam Mafia Definitive Edition ialah graphic. Lost Heaven direka dengan begitu cantik, dengan perincian yang tinggi pada setiap sudut jalan, bangunan, dan kenderaan. Graphic bukan saja cantik, tapi juga berfungsi untuk mencipta suasana yang sesuai dengan era 1930-an. Setiap adegan, dari kawasan bandar yang sibuk hingga ke jalanan yang sunyi, disusun dengan begitu cemerlang, menambah lagi kedalaman kepada naratif permainan.

Audio dalam game ni pun sangat best. Suara latar dan muzik era 30-an menambah kesan nostalgia, sementara kesan bunyi dan dialog antara NPC membawa pemain lebih dekat dengan kehidupan dan konflik yang dialami oleh Tommy. Aku rasa seperti benar-benar berada dalam dunia mafia, yang mana aku anggap sebagai satu pencapaian yang besar dalam aspek audio.

Gameplay

Mafia Definitive Edition

Game ini mengekalkan banyak elemen dari versi asal, tetapi dengan penambahbaikan yang sanagt baik. Sistem pertempuran dan pemanduan telah diubah suai untuk lebih responsif dan realistik. Aku dapati pertempurannya lebih mencabar dan memerlukan strategi, berbanding dengan versi asal yang agak mudah. Ini adalah perubahan yang sangat bagus sebab ia menambah dimensi baru kepada gameplay.

Story yang mengisahkan tentang perjalanan Tommy dari seorang pemandu teksi kepada seorang anggota keluarga criminal, masih mengekalkan daya tarikannya. Penceritaan yang mendalam, watak-watak yang kompleks, dan plot twist yang menarik membuatkan aku terikat dari awal hingga akhir. Dialog-dialog yang diucapkan oleh watak-watak dalam permainan ini juga sangat berkualiti, dengan lakonan suara yang memberikan jiwa kepada setiap karakter.

Opinion Aku

Walaupun game ni sangat menghiburkan, aku rasa beberapa aspek masih boleh diperbaiki. Misalnya, NPC musuh kadang-kadang masih boleh agak mudah ditewaskan, dan ada beberapa masa di mana pergerakan watak utama terasa sedikit kaku. Selain itu, walaupun graphic sangat cantik, ada beberapa glitch kecil yang aku rasa macam tak best seperti tekstur yang terputus-putus dan beberapa masalah dengan pencahayaan.

Aku juga harap agar akan ada lebih banyak pilihan penyesuaian untuk gameplay. Mungkin lebih banyak DLC atau side quest yang boleh ditambah untuk memberi keseronokan bermain. Ini akan menjadikan pengalaman permainan lebih seronok dan berterusan.

Mafia Definitive Edition

Overall

Secara keseluruhan, Mafia Definitive Edition adalah satu remaster yang berjaya. Ia bukan sahaja mengembalikan nostalgia bagi peminat asal, tetapi juga menawarkan pengalaman yang segar kepada pemain baru. Dengan graphic yang memukau, audio yang hidup, dan storyline yang mendalam. 

Kesimpulannya jika korang seorang peminat genre gangster dan action, atau sekadar ingin merasai kembali era 30-an yang penuh dengan misteri dan drama, Mafia Definitive Edition adalah satu permainan yang tidak boleh dilepaskan. Jangan lepaskan peluang untuk cuba game ni di Steam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *