Kisah engineer tersadai sendirian di angkasa lepas.

Isaac Clarke stranding in space

Permainan Dead Space 1  berkisar tentang Isaac Clarke merupakan seorang engineer elektrikal dan mekanikal telah diarahkan mengikuti satu misi extraction di sebuah kapal mining. Misi extraction ini dilakukan di sebuah kapal mining iaitu USG Ishimura yang telah hilang communication contact untuk sekian lamanya.

Kisah bermula apabila kapal penyelamat Isaac Clarke, Kellion, menghampiri USG Ishimura. Ketika cuba berlabuh di dalam kapal besar itu, tiba-tiba kapal Kellion berada dalam masalah dan terpaksa melakukan crash-landing. Isaac dan pasukannya kini mula mencari jalan untuk memulihkan communication dan punca kesenyapan USG Ishimura.

The USG Ishimura
Setelah tiba di USG Ishimura

Ketika Isaac meneroka Ishimura, dia terpaksa menghadapi cabaran daripada Necromorphs. Dia bertemu dengan beberapa orang sisa krew kapal yang memberikan petunjuk tentang apa yang berlaku di kapal tersebut. Isaac juga berkomunikasi dengan Kendra Daniels, seorang ahli pasukan penyelamat yang berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap oleh Necromorphs.

Isaac menemui catatan audio dan mesej yang menceritakan segala kegilaan yang berlaku di mana mereka terpaksa membunuh satu sama lain di bawah pengaruh Marker. Beliau juga menyedari bahawa kerajaan terlibat dalam menutupi hakikat sebenar tentang Marker dan eksperimen yang dijalankan menggunakan artifak itu.

Isaac Clarke facing Hive Mind
Hive Mind, musuh utama dalam Dead Space 1

Dalam pertempuran tersebut, Isaac berjaya menghancurkan Marker, menyebabkan letupan besar yang turut juga menghancurkan kapal Ishimura. Setelah kejadian itu, nasib Isaac tidak diketahui setelah tersadai sendirian di angkasa lepas.

Kepada semua yang telah membaca artikel ini boleh dapatkan game ini di platform Steam dan ada promosi diskaun 65% (03/05/2024). Lebih menarik lagi game Dead Space 1  telah diremake ke versi yang lebih menarik dari segi grafik dan juga gameplay

shadow

Game ikut mood.

+ There are no comments

Add yours