Kirby and the Forgotten Land : Better Than Mario
Jom hari ini aku nak share dengan korang 1 game yang paling comel dan mesra keluarga untuk bermain bersama. Kirby and the Forgotten Land adalah sebuah game keluaran nintendo switch yang telah di lancarkan pada 2022. Pada awalnya aku agak skeptikal sikit dengan game seakan macam ni. Yela sebab game macam ni selalunya budak-budak je yang main. Gamer patut main game macam elder ring, the last of us, DaysGone, Tapi kali ini aku cuba try main game genre lain, different cup of tea, orang putih panggil. Jadi aku try lah main Kirby and the Forgotten Land. Jom aku review sikit.
Kirby ni bentuk dia macam bumblegum pink yang bulat. Dia mempunyai kuasa untuk menyedut segala bentuk barang masuk ke dalam mulutnya dan apabila barang itu berada di dalam mulutnya. Dia akan meluahkannya semula secara laju sebagai senjata. Kekuatan Kirby juga ada yang jika dia menyedut beberapa jenis makhluk, dia akan mendapatkan kuasa makhluk itu seperti api, air dan ais. Jadi jika kita ingin berlawan dengan pihak musuh, kita harus pandai untuk memiliki kuasa tersebut untuk berlawan. Karekter si comel ini juga akan berubah bentuk jika dia menyedut barang yang terlalu besar, seperti kereta. Dan Kirby akan menggunakan ia sebagai kuasa, contoh jika Kirby menyedut kereta, maka dia akan menjadi kereta yang boleh dipandu. Hahaha comelnya, cuma aku terfikir tak tercekik ke si bulat ni.
Comel Dan Kuat
Kirby and the Forgotten Land adalah antara keluaran game yang terbaru untuk siri nya. Game exclusive nintendo ini hanya boleh dimain di platform nintendo sahaja. Jadi jika korang ingin bermain game Kirby, korang kena beli barangan nintendo. Untuk sirinya kali ini, ia mengesahkan tentang bandar Kirby yang telah diserang oleh makhluk misteri untuk menakluk dunia. Jadi si comel kita ini harus mengembara untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang telah ditangkap. Jika korang berpeluang untuk main game ini, korang akan lihat betapa comelnya game ini sampai korang akan rasa diri korang pun comel. Makhluk-makhluk yang ada di dalam game ini pun di design dengan sangat cute.
Aku suka karekter King Dedede, dia adalah sejenis makhluk seakan burung yang comel dan antara karekter mid boss yang korang kena lawan. Kuasa dia adalah dengan memukul kita menggunakan hammer kayu yang besar. Ada juga karekter lain seperti Meta Knight. Karekter ini agak misteri kerana dia memakai mask dan kita tidak tahu sejarahnya kerana dia seakan watak yang kuat tetapi misteri. Meta Knight juga di anggap dihormati kerana dengan title knightnya dan karekter ini agak kuat.
Apa Nak Buat?
Objektif dan misi game ini adalah untuk kita menyelamatkan seramai rakan-rakan kita yang bernama Waddle Dees. Jadi untuk setiap level tu gameplay dia agak straight forward. Korang perlu cari dan solve beberapa puzzle dan perlu kumpul coin dan Value item seperti collectables. Coin pula adalah untuk korang upgrade weapon-weapon korang yang jumpa di setiap level. Korang boleh upgrade weapon korang di shop di peta dunia yang telah kita selamatkan. Jadi kalau weapon korang dah upgrade, dia akan mudahkan kita untuk lawan mid boss yang ada di setiap level. Selain daripada itu, ada juga item collectables. Item ini macam lebih kepada kita nak tengok varity karekter tu lah, macam sejarah pasal sesebuab makhluk atau tempat. Bagi aku menarik juga kalau kita boleh collect-collect ni dan yang buatkan aku tertarik adalah dia buat concept gashapon. hahaha comel je.
Kesimpulan dia, Kirby of the Forgotten Land ni memang sesuai untuk korang main seisi keluarga, tidak lupa juga korang boleh main secara multiplayer untuk setiap level. Lagi cun weyh sebab kita boleh bercomel-comelan bersama-sama. haha.
jadi jom sambung baca..