Kingdom Hearts - Francais Bakal Berada di Steam

Kingdom Hearts

Dari Ekslusif Epic Games store ke Steam

Square Enix akhirnya bakal launch francais permainan Kingdom Hearts di Steam, selepas tiga tahun lamanya menjadi Epic Games Store eksklusif. Antaranya, Dark Seeker Saga akan mula berada di Steam pada 13 Jun, yang terdiri daripada Kingdom Heart HD 1.5+2.5 ReMIX, Prolog Bab Akhir Kingdom Heart HD 2.8 dan Kingdom Heart III + Re Mind. Jika keliru dengan tajuk ini, anda mungkin mempunyai banyak perkara yang perlu untuk di catch-up.

Siri Kingdom Heart Tiba di Steam

Kingdom Heart pertama kali dilancarkan pada PC pada tahun 2021 sebagai permainan video eksklusif  di Epic Games Store, tetapi nampaknya masa bagi kontrak tersebut akhirnya telah tamat tempoh. Pada 13 Jun, pemain baru dan veteran bagi francais ini akan dapat dimainkan melalui Dark Seeker Saga di Steam, yang terdiri daripada koleksi game seperti berikut:

Kingdom Hearts

Satu tajuk yang tiada dalam senarai ini ialah Kingdom Heart: Melody of Memory. Ia adalah entri yang menarik inspirasi daripada permainan irama muzik. Selebihnya ialah standard crossover Final Fantasy dan Disney,  yang memuncak dalam Kingdom Heart 3 dan jalan cerita DLCnya.

Siri ini dilancarkan di Steam pada 13 Jun. Persoalannya: adakah anda mampu catch-up kesemuanya sebelum Kingdom Hearts 4 dan adaptasi filem tiba?

Penerbit mengumumkan berita ini dengan treler serba baharu:-

Pengguna PC boleh dapatkan collection Kingdom Hearts  sekarang di Epic Games.

Isey https://revolusigamer.com/

Hari-hari kerja keras. Masih dalam cubaan penulisan. Kaki game simulator, strategi, open-world, kompetitif

+ There are no comments

Add yours