Granblue Fantasy:Relink JRPG Yang Mengasyikkan

Granblue Fantasy: Relink JRPG
Cygames

Granblue Fantasy: Relink adalah game action role-playing developed and published oleh Cygames dan PlatinumGames. Game ini dikeluarkan pada 1 February 2024 di platform PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Ini merupakan sequel kepada mobile game Granblue Fantasy 2014. Game ini merupakan game Japanese Role – Playing game yang best untuk tahun 2024 kerana bagi saya game ini menawarkan graphic yang cantik serta mechanism dan control yang menarik. Dengan Storyline yang menarik dan game yang straight to the point, anda boleh habiskan game ini dalam masa yang singkat.

Graphic dan Sound

Amat disarankan untuk memilih character untuk bercakap dalam bahasa Jepun supaya anda boleh dapat feel yang lebih semasa bermain. Granblue Fantasy:Relink mempamerkan dunia fantasi yang cantik dengan character yang nampak hidup dan interaksi antara NPC juga nampak real. Graphic dalam Granblue Fantasy: Relink adalah antara yang terbaik dalam genre permainan ini. Game ini memberikan pengalaman game yang best dengan visual yang sangat standout dan detail yang teliti dalam setiap character yang ada. Voice acting dalam bahasa Jepun lebih memberi nafas yang segar dan hidup dalam setiap character. Tanpa memerlukan graphic card yang power pun anda mampu untuk bermain game ini dalam high definition.

Baca lagi di sini tentang Tips dan Trick : Pemenang dalam Kejuaraan Harian Rocket League

Granblue Fantasy: Relink JRPG
Cygames

Storyline

Game ini menceritakan tentang sekumpulan crew kapal udara yang diketuai oleh Gran/Djeeta yang dalam perjalanan ke suatu destinasi. Tetapi semasa dalam perjalanan mereka diserang oleh sekumpulan monster. Lyria, seorang gadis yang mempunyai satu hubungan kuat dengan Gran/Djeeta memanggil Primal Beast Bahamut untuk membantu. Namun setelah berjaya menghapuskan monster – monster yang mengacau mereka, Primal Beast Bahamut hilang kawalan dan menyerang mereka. Setelah berjaya mengawal keadaan, kapal mereka rosak dan mereka perlu berlabuh di sebuah bandar di Folca dan pengembaraan bermula di sini.

Mechanics dan Gameplay

Granblue Fantasy: Relink adalah game di mana character boleh bergerak bebas ke mana – mana tetapi bukanlah dalam dunia open world. Game ini lebih kepada explorasi ke zon – zon di dalam peta yang boleh di unlock apabila anda berjaya menyelesaikan objective atau chapter yang ada. Setiap zon akan memberikan challenge yang berbeza dan kelebihan dalam game ini, anda boleh upgrade character anda berdasarkan experience(XP) yang anda dapat apabila dapat kill monster dalam game ini. Anda juga boleh bermain secara solo atau co-op bersama rakan-rakan anda.

Granblue Fantasy: Relink JRPG
Cygames

Apa yang menarik dalam game ini adalah anda boleh ubah hampir keseluruhan character. Daripada nama sehingga ke skills yang anda pilih, perubahan appearance character dan pelbagai weapon. Game ini sangat menyeronokkan kerana combat yang menarik serta cara berlawan yang sangat chaotic. Game ni menggunakan interface yang simple. Interaksi antara satu character dengan character yang lain adalah berdasarkan dialog chat box di mana kadangkala anda boleh memilih jenis jawapan yang ada.

Paling best dalam game ini adalah, anda bukan sahaja melawan monster itu berseorangan tetapi anda di temani oleh 4 lagi sahabat dalam crew anda untuk melawan musuh. Setiap attack dari anda dan party anda boleh menghasilkan link attack di mana semua ahli dalam party anda akan bergabung untuk attack musuh sekali. Combat dalam game ini mempunyai attack yang power di mana apabila bar anda penuh, anda boleh release combo ultimate dan hapuskan musuh dengan mudah. Setiap character dalam party anda akan keluarkan ultimate masing – masing dan akan menghasilkan full burst. Ini adalah power yang paling epik skali dalam game ini.

Cygames

Kesimpulan

Granblue Fantasy:Relink adalah permainan yang sangat dinantikan oleh peminat siri Granblue Fantasy. Dengan plot yang menarik, graphic yang padu, dan permainan yang mengasyikkan, permainan ini pasti akan memuaskan para pemain yang mencari pengalaman permainan aksi dan peranan yang berkualiti. Jika anda adalah peminat permainan aksi dan role – playing, Granblue Fantasy: Relink adalah permainan yang wajib dimainkan. Ia menawarkan pengalaman permainan yang memukau dan memuaskan. Walaupun anda tidak bermain game ini pada awal kemunculannya, namun ia tidak sedikitpun membuatkan anda terasa ketinggalan.

Game ini as good as it is boleh bermain terus dan jika anda ingin mengetahui cerita terdahulu tentang game ini boleh baca di setting tentang setiap character yang ada. Ternyata Granblue Fantasy:Relink adalah game JRPG yang best untuk main dan anda pasti tertarik dengan gameplay yang fun dan exciting. Game ini boleh di dapati di Steam, PlayStation.

Rating untuk game ini 8/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *