Gotham Knights : Batman is Dead?

Batman telah mati? Tapi macam mana ia boleh terjadi, bukan kah batman itu figure superhero yang tidak boleh mati disebabkan dia itu watak utama kepada siri nya. Tapi tahukah korang yang batman mempunyai family yang dia bina. Antara family superheronya adalah robin dan nama family ini adalah gotham knight. Tapi apa sebenarnya berlaku kepada Batman? Pada episod kali ini jom kita review game Gotham Knights.

gotham-knights-key-art

What Is Gotham Knights

Gotham Knights adalah sebuah game keluaran WB Games Montréal dimana game ini di inspirasi oleh Batman: Gotham Knights komik. Di dalam game ini kita akan bermain sebagai watak superhero yang terdiri daripada ahli keluarga batman, iaitu batgirl, nightwing, robin dan redhood. Barbara Gordon sebagai batgirl , Tim Drake sebagai robin, manakala Dick Grayson sebagai nightwing dan Jason Todd sebagai redhood. Jadi sebagai kru kepada ahli gotham knights ini, gamers diberi pilihan untuk memilih diantara superhero-superhero ini

Akan tetapi di setiap watak superhero itu, akan ada perbezaan storyline, jadi kiranya kalau kita dah habis main game ini, kita kena main lagi lah kalau nak dapatkan kisah story yang berbeza. haha. Terdapat juga character-character villian seperti Ra’s al Ghul, Talia al Ghul, Mr Freeze dan banyak lagi. Jadi seperti yang kita tahu, villain – villian ini ada juga kesah mereka yang tersendiri. Jadi kalau korang yang mana die hard fan tu mesti seronok nak benteras kejahatan.

GothamKnights-1

Apa Yang Menarik

Game ini dipenuhi feature side quest seperti, side story, challanges, trophy dan banyak lagi. Kalau korang main sebagai gamers yang perfectionist, memamg akan mengambil masa yang lama untuk habis. Okay jom kita cerita pasal mekanisma game ini. Malangnya Gotham Knights keluaran 2022 ini masih banyak lagi kekurangan dan improvement dari segi realistic game tersebut. Feature untuk kita terbang atau glide tidak di sediakan seperti mana yang ada di dalam game siri Batman: Arkham Knight.

Dan walaupun game itu dikeluarkan pada tahun 2015, ciri-ciri realistic itu masih dapat di rasa bila kita main. Gotham Knights ini tidak banyak memikirkan faktor tersebut dan membuatkan game ini kadang kala susah untuk dikendali. Tapi as long as the story is good. Aku masih boleh layan. Selain itu ada juga feature seperti skin unlock dimana kita boleh dapatkan kepelbagaian skin akan tetapi kita kena completekan side mission tersebut.

Overall bagi aku game ini masih best untuk dilayan. Ini kerana bila kita main, kita dapat lihat bagaimana universe DC ini berkembang dengan penceritaan dan plotnya. Jadi kalau korang nak try main dan feel. Aku cadangkan korang beli pada waktu sales di platform masing-masing.

7/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *