GHOSTWIRE TOKYO : Merasai Dunia Hantu Jepun
Ghostwire Tokyo telah mengubah perspektif aku dalam genre horror sesebuah game. Memasuki dunia horror jepun, gamer akan merasai sendiri budaya jepun yang begitu mendalam dari segi persekitaran yang cukup detail, seperti kesibukkan bandar Shibuya yang sesak dengan manusia. Tidak lupa juga dengan bahasa dan penulisan jepun di serata bangunan-bangunan Tokyo cukup membuatkan gamer berasa seperti berada di negara itu. Ghostwire Tokyo membawa concept 1st person view pada gamenya ternyata mendekatkan lagi feel dan intense game tersebut. Bayangkan korang berjalan-jalan di kota Shibuya pada waktu malam, memang best dengan grafik dan tekstur yang cantik. Kombinasi colour juga memainkan peranan penting pada game ini, dan tidak lupa juga plot penceritaannya juga menarik.
SINOPSIS
Ia bermula apabila Akito sedang menaiki motorsikalnya menuju ke hospital untuk melawat adiknya Mari. Dia kemudian terlibat dengan kemalangan. Semasa kemalangan itu, Akito dirasuki sebuah entiti bernama KK, dan secara tidak sengaja Akito telah masuk ke alam roh. Di situ la bermulanya kejadian-kejadian aneh. Bila main tu rasa macam kau masuk alam bunian pun ada, memang seram guys! Akito mula nampak makhluk-makhluk halus, dan pada ketika itu, dia berasa takut kerana makhluk-makhluk ini boleh melihatnya.
EXPERIENCE
Bagi aku takut juga hantu-hantu jepun ni, ada vibe-vibe hantu macam dalam filem THE RING. Apabila Akito dirasuki roh KK, diorang berdua ni seolah-olah menjadi 2 dalam 1, sebiji macam kena rasuk, dan Akito boleh menggunakan kuasa yang dimiliki oleh KK, haa! part kuasa ni dia ada macam feeling-feeling naruto sikit, sebab dia ada guna buah-buah jutsu, kuasa chakra. Sebahagian lain, rasa macam ghosthunting pun ada sebab KK ni sebenarnya dia adalah sebahagian ahli paranormal aktiviti.
Selain itu, gamer dapat explore kota Tokyo yang hampir 99% real, cuma tinggal nak hidu je udara mereka. Mereka dapat jadikan pengalaman gaming sambil tour di negara jepun di waktu malam memang best, tapi kena berhati-hati lah sebab ada hantu merata-rata. Ghostwire Tokyo ini antara game yang mempunyai plot penceritaan yang menarik, bila kita main tu seakan-akan menonton film kerana lakonan watak Akito dan watak yang lain memang menjadi. Antara yang menarik perhatian aku kepada game ini adalah cara lakaran hantu-hantu mereka, Ghostwire Tokyo meletakkan juga urban legend hantu mereka seperi Kappa, Aka Manto, Toire no Hanako-san dan lain-lain. Ada juga hantu moden seperti The Slenderman, dan Lady Dimitrescu.
Experience saya bila main game Ghostwire Tokyo ni memang berbeza. Seperti game-game horror yang lain. Mungkin ada campuran fiction dan fantasy membuatkan game ini berbeza, jadi apa tunggu lagi guys, kalau korang berminat nak main, boleh dapatkan game ini di platform gaming online store, tunggu apa lagi?
jom sambung BACA..
rating GHOSTWIRE TOKYO
8.5/10