Ghostbusters Remastered – Mari Tangkap Hantu

Lirik Who you gonna call? (Ghostbusters) daripada lagu ciptaan Ray Parker Jr. pastinya akan terngiang-ngiang di dalam minda golongan 80an dan 90an. Filem Ghostbusters mencapai populariti selepas ditayangkan pada tahun 1984 sehingga mencapai kutipan box office hampir 600 juta USD waktu itu.

Ghostbusters Remastered – Mari Tangkap Hantu

Ghostbusters Remastered

Lirik Who you gonna call? (Ghostbusters) daripada lagu ciptaan Ray Parker Jr. pastinya akan terngiang-ngiang di dalam minda golongan 80an dan 90an. Filem Ghostbusters mencapai populariti selepas ditayangkan pada tahun 1984 sehingga mencapai kutipan box office hampir 600 juta USD waktu itu.

Satu video game bertemakan filem ini telah diluncurkan pada tahun 2009 dan versi Remastered  juga telah dirilis pada tahun 2019 sempena ulang tahun 10 tahun video game itu. Jom kita check apa beza kedua-dua versi game ni.

Dari segi story memang ikut seperti versi asal game original. Namun begitu, aspek penting lain ketika versi Remastered seperti grafik dan visual tidak banyak perubahan. Bagi penulis yang sangat meminati filem Ghostbusters, amatlah kecewa apabila game ini tidak di-upgrade dengan baik.

Penulis ada letakkan satu video di bawah sebagai rujukan perbezaan antara game keluaran original tahun 2009 dengan versi Remastered tahun 2019. 

Namun begitu, ada juga perubahan dari segi prestasi ketika bermain sebagai contoh permainan menjadi lebih smooth dan frame rates yang lebih stabil. Bagi penulis, game ini masih menyimpan teknikal bermain yang asal sebagai contoh cara melemahkan dan menangkap hantu menggunakan Ghost Trap

Game Ghostbusters versi Remastered ini boleh dimuat turun melalui platform Steam. Harga game ini pada tarikh 19/04/2024 adalah RM44.00.

Kalau berminat game berunsurkan elemen seram dan punya filem adaptasi, boleh ke artikel RESIDENT EVIL 3 : ZOMBIE GATAL 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *