GHOST OF TSUSHIMA Iki Island: Pulau Gila
Zhuge July 15, 2024Bagi korang yang dah habis main game Ghost of Tsushima, Iki Island DLC pulau gila yang korang patut main. Iki Island adalah penamat
GHOST OF TSUSHIMA Iki Island: Pulau Gila
Bagi korang yang dah habis main game Ghost of Tsushima, ini ada satu DLC(Downloadable Content) yang korang kena main. Iki Island adalah expansion yang korang boleh teroka semasa korang main Ghost of Tsushima. Bagi korang yang beli Ghost of Tsushima Director’s Cut korang dah boleh terus main tanpa beli DLC expansion pack ni.
Macam aku sendiri, aku habiskan dulu GOT baru aku pergi ke Iki Island. Iki Island menyimpan seribu satu masa silam lampau Jin Sakai. Jadi better korang up kan skills korang dulu baru pergi ke Iki Island. Kenapa aku cakap Ghost of Tsushima Iki Island ni Pulau Gila? Korang kena baca dan main sendiri baru korang tahu. Teruskan baca di bawah..
Iki Island
Untuk korang nak sampai ke Iki Island, korang kena buat quest “Journey into the Past”. Dekat sini, korang kena lawan enemy then cakap dekat penduduk kat situ. Ada satu kapal yang ready untuk bawa korang ke pulau. Dalam perjalanan ke Iki Island, bermacam halangan korang kena hadapi baru dapat sampai ke sini.
Storyline untuk Iki Island tak panjang sangat kalau korang buat based on story quest dalam 4-5 jam je. Tapi kalau korang seorang gamer tegar, mungkin korang perlukan dalam 13 jam untuk 100% completion. Pulau ini memang sangat cantik dan korang akan terpukau dengan kecantikan pulau kat Jepun ni. Iki Island ni terletak sebelah kanan Tsushima.
Storyline
Apabila Jin Sakai sampai ke pulau dia telah di tangkap oleh Eagle. Eagle ni nama leader Mongol yang menyerang Iki Island. Eagle ni kira macam bomoh la sebab dia bagi something dekat Jin yang membuatkan otak Jin bercelaru. Setiap kali korang buat sesuatu, korang akan rasa keberadaan Eagle ni. Memang gila weh.
Approach dalam storyline Iki Island adalah sesuatu yang berbeza dari Ghost of Tsushima dan untuk aku sangat best. Korang akan rasa macam main game lain. Tetapi gameplay tetap sama dan tak ada beza pun. Style of play game ni buat korang immerse dengan character Jin. Dalam game ni korang akan bekerjasama dengan Raiders musuh Samurai.
Penduduk di Iki Island tak suka pada samurai sebab diorang rasa samurai ni datang semak dekat pulau diorang. Jadi puak raiders ni la yang menentang samurai. Di sini korang akan menyelami kisah silam Jin dan kenapa Jin jadi Ghost dan bukan samurai sejati. Korang akan di bawa untuk mengenang kisah ayah Jin, Kazumasa dan macam mana dia mati di Iki Island.
Gameplay
Secara asasnya, gameplay sangat sama tidak ada perbezaan. Tetapi Iki Island memberi nafas yang baru dalam permainan Ghost of Tsushima. Sebabkan Jin dan minum racun yang di beri oleh Eagle, jadi Eagle ni akan selalu bermain di fikiran Jin. Ibarat macam racun, Jin kena cari jalan macam mana nak hapuskan racun ni.
Dalam Iki Island, kuda korang akan dapat satu skill set yang baru. Horse Charge Technique ni korang boleh langgar terus enemy sampai mati. Bila guna skill ni, akan makan korang punya ‘Resolve. Skill ni bagi aku function gila kalau korang malas nak fight, korang langgar je terus enemy tu.
Dalam korang nak selesaikan quest ni, korang akan selalu di kacau oleh Eagle, dan screen korang kadang – kadang jadi biru, kadang – kadang jadi ungu. Effect ni buat macam korang rasa apa yang Jin rasa dalam otak dia. Game ni ada satu masa agak intense bila korang nak selesaikan quest dan memang compact buatkan korang rasa nak habiskan cepat nak tahu ending game ni.
Overall
Overall bagi aku DLC expansion ni sangat best. Untuk pengguna PC sangat syok sebab Director’s Cut dan include sekali dengan Iki Island expansion pack. Satu storyline yang fresh dengan gameplay yang agak intense juga dan ending yang agak meruntun jiwa untuk Jin Sakai. Berbaloi untuk beli kalau tak include sekali.