Ghost of Tsushima Bakal hadir ke PC

Ghost of tsuhima bakal hadir ke pc

Berita baik untuk korang yang dah lama tunggu, Ghost of Tsushima bakal hadir ke PC pada 16 May 2024 ini. Ghost of Tsushima mula keluar di pasaran pada 17 July 2020 untuk Playstation 4 dan 20 August 2021 untuk Playstation 5.

Apa yang ada dalam DIRECTOR'S CUT

Ghost of Tsushima DIRECTORS’S CUT akan hadir dengan base game, Iki Island expansion, dan Online Multiplayer Legend Game Mode.  Untuk hadir ke PC, game ini berupaya untuk support ultrawide monitor dan juga Nvidia DLSS 3 dan AMD FSR 3. Paling best kalau korang ada dualsense control korang boleh guna di PC dan boleh guna haptic function tu.

Playstation Restrict Negara yang tak ada PSN

Ghost of tsushima bakal hadir ke pc

Playstation telah keluarkan Ghost of Tsushima daripada Steam untuk 177 negara yang tiada PSN. Bagi mereka yang telah membuat pre-order telahpun dikembalikan wang pembelian. Tapi jangan risau kerana Malaysia tidak tesenarai di dalam list tersebut dan korang masih boleh membuat pembelian untuk game ini. 

Berita baik untuk mereka yang melakukan pre-order akan dapat goodies – goodies. New Game+ Horse, Travelers Attire dan Broken Armor Dye dari Baku Shop. Game ini boleh di beli Steam pada harga RM249.

Zhuge https://www.revolusigamer.com

Game strategy dan role playing games.

+ There are no comments

Add yours