Genshin Impact: Udara Segar dalam Dunia RPG Terbuka
Kali ni aku nak review salah satu open world RPG game yang aku main, Genshin Impact. Game ni dibangunkan oleh developer game RPG terkenal iaitu miHoYo, antara permainan aksi RPG dunia terbuka yang menarik pernah aku main dan fokus game ni kat dalam dunia Teyvat yang penuh mistik. Aku kiranya start onto the game agak awal lah after sometime dia release which is on 2021. To be honest, aku agak memilih game-game yang jenis RPG ni since opinion aku game macam ni perlu makan masa untuk grind. Jadi game jenis grind kena lah ada elemen yang tak cepat buatkan aku bosan. Tapi game ni mampu tarik minat aku sampai sekarang. Starting visual dia pun dah menarik tambahan lagi mekanik pertarungan yang pelbagai dalam dunia luas yang banyak boleh di explore. Untuk ulasan kali ni, aku nak highlight beberapa elemen utama yang bagi a whole new RPG experience dalam Genshin Impact.
Visual dan Reka Bentuk Dunia
Dalam dunia Teyvat ni terbahagi kepada beberapa region. Dari starting point in game pun aku dah impress dengan keluasan dan landskap petempatan tu. Bermula dari region kecil Monstadt seterusnya ke jalan-jalan sibuk Liyue Harbor. Region Inazuma pula lebih kepada kawasan zaman dinasti dan lain pula dengan kehijauan region Sumeru. Gaya seni watak dalam game ni terjurus kepada unsur kartun anime dan watak dia selari dengan sesebuah petempatan tu.
Pertarungan dan Penjelajahan
Uniknya bagi aku dalam Genshin Impact ni salah satunya dari segi pertarungan. Sistem pertarungan banyak mengintegrasikan keupayaan elemental dan mekanik pertukaran watak. So, korang boleh buat kombinasi memusnahkan dengan menggabungkan kuasa-kuasa elemental secara strategik, bergantung kepada target dan character korang punya kekuatan dan kelemahan. Dalam aspek penjelajahan pula bagi aku jugak sangat menarik dan mudah. Pergerakan permain disertakan dengan beberapa unsur lain antaranya gliding, berenang dan memanjat yang disertakan dengan penggunaan stamina. Kemudahan teleportasi juga disediakan dibeberapa point utama dalam game ni memudahkan pemain bergerak cepat dalam dunia Teyvat yang luas ni. Dalam explorasi korang juga akan ada misi utama penceritaan game ni, teka-teki, dan cabaran di seluruh Teyvat.
Kemajuan dan Penyesuaian Karakter
Senarai watak dalam game ni agak banyak, setiap satu ada fighting dan playstyle tersendiri. Bagi jenis yang rajin grind, korang boleh build lah semua watak yang korang dapat tu selari. Tapi secara jujurnya aku rasa tak semua watak perlu di grind, hanya fokus pada karakter yang korang rasa mudah untuk gunakan dalam pertarungan. Dalam Genshin Impact ni banyak peluang dan cara untuk korang build up character. Korang boleh fokus naikkan bakat character tu, cari dan upgrade artefak yang kuat untuk kegunaan character korang, dan lagi korang boleh set up parti korang dengan gaya bermain masing-masing. Walaupun penggunaan sistem gacha agak kontroversi dalam game ni, aku tetap suka dengan element of surprise waktu buka watak dan senjata baru melalui “Wish”. Cumanya aku playsafe dengan cara main aku F2P supaya tak kecewa berbelanja kat section “Wish” nanti.
Permainan Berkumpulan dan Ciri Sosial
Genshin Impact juga ada fungsi permainan berkumpulan, yang mana korang boleh main berpasukan dengan geng atau random player lain dalam mod permainan kerjasama. Satu dimensi baru jugalah bagi aku dalam dunia game open world sebab selalunya game macam ni even untuk perjalanan cerita dia kita cuma boleh proceed secara solo tapi korang ada pilihan sama ada kerjasama dalam pertarungan bos yang mencabar atau mengeksplorasi dunia dalam misi Genshin Impact. Tambahan lain dalam game ni, dia ada ciri-ciri sosial seperti perumahan pemain dan mod foto. So memang menggalakkan korang dalam penglibatan komuniti game ni secara tak langsung berkongsi pengembaraan dengan player lain.
Kesimpulan
Genshin Impact antara contoh pembaikan dalam landskap permainan dunia terbuka. Dengan visual dan mekanik permainan yang menarik, dan dunia dia yang details dan banyak untuk dieksplorasi, Genshin Impact memang bagi satu pengalaman baru bagi aku dalam game open world. Pada pendapat aku, Genshin Impact ni dorong korang untuk terlibat dalam dunia pengembaraan dan penemuan sama ada sekadar fokus pada misi atau cuma menikmati keindahan Teyvat. Korang boleh main game ni secara percuma di PC/Mobile ya.
Boleh dapatkan game ni PERCUMA di :-