far cry 6

Pernah tak korang terfikir bagaimana rasanya hidup dalam kalangan ahli kumpulan revolusi. Berperang dan berjuang melawan sebuah kerajaan yang zalim. Kalau lagenda yang tidak lekang di pikiran aku terbayang Che Guevara, seorang pejuang revolusi yang dikagumi oleh bumi amerika latin. Tapi untuk korang gamers merasa sendiri pengalaman ini sememangnya boleh, haa jom pada kali ini aku nak review sebuah game yang bernama Far Cry 6 di mana korang boleh jadi pejuang revolusi.

The New Revolution

Sebagaimana kita semua tahu, siri Far Cry ini sememangnya adalah sebuah game 3rd person view yang senonim dengan gameplay perang. Jadi tidak hairan lah kalau game play Far Cry ini korang harus dimainkan dengan pc. Far Cry 6 adalah sebuah Siri yang terbaru dari keluaran Ubisoft dan bagi pendapat aku. Game ini memang cukup baik dari aspek review nya. Ubisoft meletakkan watak utama mereka ialah seorang pelakon berkaliber iaitu
Giancarlo Esposito yang popular di dalam siri Breaking Bad dan Better Call Saul. Jadi bila Far Cry 6 ini bermain dengan para pelakon, sedikit sebanyak game ini akan mempunyai impak yanh bagus dari segi story wise mereka.

far cry 6

Sinopsis

Sinopsisnya adalah apabila kepulauan yara telah dibentuk sebuah kerajaan zalim yang diketuai oleh El Presidente iaitu Anton Castillo dimana beliau memerintah negaranta itu dengan cara diktaktor dan hal ini membuatkan beberapa puak kumpulan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahannya. Kita di beri pilihan untuk memilih 2 watak iaitu seorang lelaki atau seorang wanita yang bernama Dani Rojas dan disitulah bermulanya plot dengan penceritaannya. Untuk keseluruhan cerita nya bagi pendapat aku sendiri memang best dan padu. Ada juga side mission yang menarik untuk kita main dan yang lebih best. Ubisoft membuat juga feature online di mana kita boleh bermain dengan rakan-rakan kita di dalam itu. Terdapat juga online mission yang kita boleh layan, akan tetapi dia seakan repeatative lah.


Bagi Die hard fan siri Far Cry 6 ini, sememangnya korang patut layan game ini kerana dengan gameplay nya. Kalau sesiapa yang suka akan fast pace shooting game. Memang kena lah dengan style of gaming korang. Game ini juga menawarkan pembelian coin untuk kita beli beberapa feature skin. Ini lebih kepada cosmetic lah, kadang gamers ni tak puas kalau main game tapi cosmetic dia biasa-biasa kan. Jadi korang di beri option untuk membeli skin-skin tersebut. Dan selain itu, ada juga DLC yang boleh korang beli kalau kata korang dah habis main keseluruhan story dia. Overall Far Cry 6 bagi pendapat aku tidak mengecewakan lah sebab kita tahu siri Far Car boleh kata hampir kesemuanya best. Jadi apa tunggu lagi guys, korang boleh dapatkan game ini di platform seperti steam.
Dan tengok lah apa plot twist yang game ini akan bagi.

8/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *