Fall Guys – Bersantai antara Telatah dan Cabaran
Isey May 14, 2024Terkenal dengan keseronokan permainannya, Fall Guys telah menjadi fenomena dalam dunia permainan. Dibangunkan oleh Mediatonic, permainan ini menawarkan pengalaman unik dalam genre battle royale.
Fall Guys - Bersantai antara Telatah dan Cabaran
Review kali ni aku nak ceritakan salah satu massive multiplayer game iaitu Fall Guys. Terkenal dengan keseronokan permainannya, Fall Guys telah menjadi fenomena dalam dunia permainan. Dibangunkan oleh Mediatonic, permainan ini menawarkan pengalaman unik dalam genre battle royale. Bagi aku, bukan pertempuran dengan senjata atau strategi perang yang menjadi tumpuan, sebaliknya kekacauan dan cabaran lucu yang mesti dihadapi oleh pemain.
Gameplay
Setiap sesi permainan agak cepat dan tidak rasa bosan atau terlalu lama. Satu sesi permainan boleh dikatakan dalam 15-20 minit. Muatan skrin agak cepat pada penukaran setiap pusingan, melainkan salah satu pemain mempunyai sambungan yang perlahan. Antara pilihan mod yang ada ialah pemain boleh bermain secara solo dan juga boleh bermain bersama rakan seramai 3 orang lagi dalam satu kumpulan. Kawalan pergerakan juga tidak terlalu rumit dimana pemain cuma perlu mengawal pergerakan arah, melompat, memegang barang atau pemain lain dan juga lompatan seakan menyelam. Fall Guys mampu mencari 60 orang dengan cepat, atas jumlah pemain yang besar setakat ini.
Mudah Difahami, Sukar Ditinggalkan
Satu perkara yang membuatkan aku tertarik pada game ni ialah kemampuan permainan bersama pelbagai jenis pemain. Dengan kawalan mudah dan reka bentuk tahap intuitif, sesiapa sahaja boleh melompat masuk dan menikmati permainan ini. Tidak perlu memahami mekanik yang rumit atau menguasai mana-mana senjata tertentu, jadi permainan ini sesuai untuk pemain dari semua latar belakang dan umur.
Setiap peringkat dalam Fall Guys menawarkan pengalaman yang berbeza. Daripada berlari di antara timbunan buah-buahan gergasi hingga melompat merentasi platform yang menghilang, setiap peringkat mempunyai cabaran yang mencetus ketawa dan keseronokan. Ditambah dengan watak yang unik dan berwarna-warni, Fall Guys membawa pemain ke dunia yang penuh dengan telatah lucu.
Komuniti Aktif
Bukan sahaja permainan yang menyeronokkan, Fall Guys juga mewujudkan komuniti yang mesra dan bersemangat. Pemain sering berkongsi detik lucu dan kegagalan epik mereka di media sosial, yang memperkayakan lagi pengalaman permainan dan mengukuhkan ikatan antara pemain.
Personally, aku rasa Fall Guys ialah permainan yang menghiburkan dan mengujakan. Dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan tahap kesukaran boleh laras, permainan ini sesuai untuk semua orang. Dengan telatah yang tidak dijangka di setiap sudut, setiap sesi permainan penuh dengan gelak tawa dan keseronokan.
Boleh dapatkan game ini untuk PC secara percuma di Epic Games.