Dota 2: Wishlist untuk Major Update Crownfall (Update 7.36)
Wishlist untuk Major Update Dota 2. Alangkah indah jika ia berlaku.
Major update Dota 2 dengan kemunculan hero baharu, Ringmaster dianggarkan akan di-release pada pertengahan bulan April 2024 ini. Selain release hero baharu, kebiasaan major update Dota 2 akan disertai dengan fungsi map baharu, hero dan item rework, item baharu dan game mechanic baharu.
Jadi sebagai pemain Dota 2 yang tua, ada beberapa wishlist yang aku teringin Valve kembalikan dalam game ini atau rework penambah baik supaya pemain-pemain Dota 2 lama yang loyal atau pemain baru mendapat pengalaman bermain yang lebih teruja.
Jadi dalam wishlist ini, aku lebih nak ketengahkan pada items yang aku harapkan Valve ada pertimbangan untuk kembalikan dan cadangan game mechanic yang boleh buatkan experience permainan Dota 2 kami lebih baik.
Items
Iron Talon
Iron Talon merupakan early game item yang dikenalkan pada update 6.86 dan remove pada update 7.28. Asalnya ia merupakan upgrade item dari quelling blade dan merupakan item yang agak IMBA dalam pro players untuk farming benefit. Kemudiannya, item ini menjadi Neutral Item Tier 1 pada update 7.23. Ini membuatkan item ini hanya available apabila dapat dari Neutral Creep pada minit 7 ke atas. Item ini tidaklah item yang aku terlalu berminat untuk dikembalikan tetapi ia merupakan item yang paling diminati among pro players wishlist. Aku boleh bayang kan dengan kembalinya item akan menjadikan game changing yang besar untuk meta Dota 2. Mungkin item ini boleh di-nerf kan dari last update. Atau item ini boleh jadi part of upgrade item Battle Fury. Since BF merupakan item yang kerap di-build untuk carry farming item.
Wraith Pact
Wraith Pact merupakan item upgrade untuk Vladamir’s Offering. Ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu pada 7.31 kemudian di-remove pada update 7.33. Item ini di-remove kerana abuse build di pro scene kerana effect totem (Wraith Pact active skill). Jadi pendapat aku, item ini relevan untuk dikembalikan. Vlad dengan upgrade membuatkan Vlad lebih berbaloi untuk di-build dan berpotensi lebih efektif untuk scale ke late game. Mungkin Wraith Pact tidak perlu mempunya active skill yang sama (summon totem). Pendapat aku, Valve boleh adakan active skill item ini pada hero radius, unit radius atau area point target dengan durasi yang lebih singkat. Dengan ini sekurang-kurangnya kita dapat build Vlad untuk di-upgrade late game buatkan item Vlad lebih berbaloi.
Essence Ring
Item ini merupakan Neutral Item pada awal perkenalan jenis item ini. NC Item tier 2. Item ini mempunyai mana regen dan intel point sebagai attribute. Ia juga mempunyai active skill dimana temporary menggantikan mana kepada health untuk jangka masa 15 saat. Item ini boleh dikatakan reflection pada item Soul Ring. Dimana item ini memberi effect yang sama kecuali Soul Ring mengambil health to mana instead dan Essence Ring otherwise. Jadi persoalan disini, jika Soul Ring stay in the game, kenapa tidak Essence Ring? Kerana sewaktu kewujudan item ini, ia merupakan save item yang sangat efektif.
Mungkin untuk Essence Ring comeback, item ini boleh dijadikan item yang kita boleh build instead sebagai NC item. Reflection pada Soul Ring, mungkin item ini sesuai jadi gabungan dari Sage’s Mask, 2 x Mantle of Intelligence dan Recipe. Ini dapat membuatkan attribute Intel dan mana regen lebih sesuai pada item. Valve juga boleh scale health, mana, cooldown item, sesuai untuk balance.
Necronomicon
Item yang paling sungguh dirindukan. Walaupun item ini wujud sebagai Tier 5 Neutral Item iaitu Book of the Dead, ia tetap tidak sama seperti Necronomicon. Item in sangat convenient dalam pelbagai situasi dan pendapat aku sesuai untuk mana-mana hero. Necronomicon telah wujud sejak kewujudan Dota 2 until Gaben decide untuk remove item ini pada update 7.29. Sewaktu item ini wujud, item ini lebih efektif di-build jika mempunyai invisible hero kerana unit Warrior mempunyai true sight. Archer pula mempunyai skill Purge. Aku berharap item ini dikembalikan walaupun di-nerf. Mungkin Gaben boleh remove purge effect atau rescale sesuatu yang lebih balance.
Sebenarnya Valve ada wujudkan item alternatif untuk creep unit seperti ini iaitu Helm of Overlord. Tetapi kelebihan dia tidak sama. Pendapat aku, update kali ini adalah waktu sesuai untuk kembalikan Necronomicon kerana HoO merupakan item yang failed dalam Dota 2. Dalam statistik Dotabuff menunjukkan hanya hero Lycan dan Beasmaster sahaja hero yang go dengan item ini. Kos gold pula 5k. Pada aku ia merupakan failed item jika hero yang boleh berfungsi dengan item itu terlalu spesifik. Ia tidak broad seperti Necronomicon dahulu kala.
GAME MECHANIC UPDATE
Tak banyak game mechanic update yang aku ingin Valve perbaharui kecuali tentang item support. Sebelum ini, Dota 2 telah memudahkan support dengan menjadikan Observer Ward percuma untuk dibeli. Mungkin next update, apa yang aku rasa akan menjadi lebih baik untuk support jika kesemua item Utility seperti Dust of Appearance dan Smoke of Deceit, juga dijadikan 1 slot bersama Wards dan boleh digunakan instant dengan toggle. Mungkin memandangkan Dust merupakan offensive item, item ini boleh exclude dalam toggle tersebut. Atau mungkin update kali ini, Wards dan Smoke boleh digunakan walaupun dalam backpack. Hal ini aku ketengahkan kerana convenient support dalam posses Utility items tadi. Sebagai support, untuk memegang item Wards, Dust dan Smoke telah memakan ruang 3 out of 6 slow items. Terdapat banyak pengalaman matches aku, support sukar untuk posses Dust dan Smoke di late game. Ia disebabkan kekangan slot termasuk aku bila memainkan role support.
Major Update Dota 2 Crownfall akan pasti release pertengahan bulan ini. Mungkin update kali ini mempunyai rework yang lebih menarik dari cadangan diatas atau korang juga punya pendapat yang lain? In Gaben We Trust. Keep Playing and Be Toxic Free.
Baca lagi Revolusi Game Moden.