DEATH STRANDING : JIN MODEN
Death Stranding adalah sebuah game adventure but in a weird way. Designer dan creator game ini, Hideo Kojima sekali lagi telah menghasilkan sebuah masterpiece selain daripada Metal Gear Solid series. Bagi pendapat aku, ada beberapa faktor yang membuatkan game ini lain daripada yang lain. Ia adalah kerana idea dan designnya. Jom aku bagi beberapa review kenapa game ini best untuk korang layan.
Siapa tak kenal Hideo Kojima, maka dia tak kenal lah series game Metal Gear Solid. Pertama kali aku main game Metal Gear Solid adalah di platform playstation 1. Pada masa itu aku main sebuah game yang aku sendiri tak berapa paham concept dan jalan cerita dia. Nak kata agent macam james bond, tak juga, nak kata macam askar upahan pun tak juga. Tapi bila dah lama kita main series itu, baru lah kita paham jalan cerita dia. Tapi bukan series MGS yang aku nak bahaskan, tapi Death Stranding.
BELAKANG TABIR
Game ini telah di jayakan oleh Kojima Productions, 505 games dan beberapa lagi developer lain. Bagi membuatkan game ini nampak lagi cool, mereka telah menggunakan khidmat barisan pelakon hollywood antaranya Norman Reedus, Mads Mikkelsen, Léa Seydoux dan ramai lagi. Bayangkan korang main game dan watak hero dia pelakon cerita the walking dead tu, gempak en. Jadi bila pakai pelakon untuk belakon dalam game, memang acting wise game ini padu lah babe. Aku bila main game ni, rasa macam tengok movie dan ternganga mulut tengok setiap cut scene game ini. Jadi aku boleh katakan untuk story game Death Stranding memang padu guys.
SINOPSIS
Untuk sinopsis dan genre game ini adalah tentang sebuah kejadian cataclysmic yang telah berlaku di planet@bumi mereka. Jadi atas faktor itu makhluk aneh telah muncul dengan sadis sekali. Sam Porter Bridges pula adalah seorang transporter barangan, macam penghantar barangan pos laju lah, tetapi boleh memiliki senjata api. Haha complicated en. Jadi dia ditugaskan untuk menghantar barangan keperluan sampai lah dia bertemu dengan BB. Seorang bayi yang tidak pasti datang dari mana. Memang storyline dia agak complex, tapi percaya la game ini memang best. Selain itu, soundtrack game ini juga agak padu. Setiap pengembaraan akan disajikan dengan melodi-melodi yang mellow dan ikut mood. Jadi kalau korang ada set gaming yang high-end, aku memang cadangkan main game ini.
Dan yang terakhir adalah aspek gameplay dan mekanisma game tersebut. Deathstranding adalah game berkonsepkan open world, jadi korang memang boleh explore setiap penjuru dunia game tersebut. Ada juga konsep building dan farming untuk update terbaru bagi player yang ingin membina dengan kebebasan. Aspek mekanikal firing weapon pula bagi pendapat aku, ia tidak lah begitu complicated macam game-game lain seperti Horizon Zero Dawn. Death Stranding boleh dikatakan handling mekanikal dia agak straight forward. Korang boleh main stealth atau rambo untuk membunuh enemy. Cuma kelainan game ini korang kena main sebagai penghantar barang, Haha. Ada juga feature Boss Fight yang agak berlainan. Tidak seperti game lain susah untuk aku explain takut jadi spoiler. Jadi pada pendapat aku, siapa yang suka akan game story rich korang kena layan game ini.
Jadi jom sambung baca..
Rating. 8/10