Assassin’s Creed Origins: Kisah Permulaan Assassin

Assassin’s Creed Origins adalah permainan video aksi yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan pada tahun 2017. Video game ini berlangsung di Mesir pada akhir zaman Ptolemaic. Sekitar tahun 49 hingga 43

Assassin's Creed Origins: Kisah Permulaan Assassin
Gambar dari Ubisoft

Assassin’s Creed Origins adalah kisah permulaan assassin untuk siri ini. Permainan video aksi yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan pada tahun 2017. Video game ini berlangsung di Mesir pada akhir zaman Ptolemaic. Sekitar tahun 49 hingga 43 SM, dan mengikuti perjalanan seorang Medjay bernama Bayek dari Siwa dan isterinya Aya

Cerita ini mengisahkan usaha mereka untuk membalas dendam atas kematian anak lelaki mereka, Khemu,. Khemu telah dibunuh oleh anggota Order of the Ancients, sebuah organisasi rahsia yang merupakan pendahulu kepada Templar.

Jalan Cerita

Assassin's Creed Origins: Kisah Permulaan Assassin
Gambar dari Ubisoft

Cerita bermula apabila Bayek dan Khemu diculik oleh satu geng bertopeng yang membawa mereka ke Kuil Amun. Dalam usaha untuk melarikan diri, Khemu terbunuh secara tidak sengaja oleh Bayek ketika mereka bergelut dengan salah seorang penculik. 

Kejadian ini mengubah hidup Bayek, yang kini didorong oleh rasa marah dan keinginan untuk membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian anaknya.

Setelah setahun mengasingkan diri, Bayek memulakan pencariannya untuk menjejak dan membunuh lima anggota Order of the Ancients. Dalam perjalanan ini, dia berjumpa semula dengan Aya.

Bayek dan Aya, bersama-sama  berusaha untuk menghancurkan organisasi tersebut dan menegakkan keadilan di Mesir.

Permulaan Assassin Brotherhood

Assassin's Creed Origins: Kisah Permulaan Assassin
Gambar dari Ubisoft

Bayek dan Aya akhirnya menyedari bahawa perjuangan mereka lebih besar daripada sekadar membalas dendam. Mereka mula membentuk The Hidden Ones. Ini merupakan sebuah organisasi yang akan menjadi asas kepada Assassin Brotherhood di masa hadapan. Mereka berikrar untuk melindungi rakyat Mesir daripada penindasan dan manipulasi kuasa.

Di tengah-tengah konflik ini, Bayek terlibat dengan tokoh-tokoh sejarah seperti Cleopatra dan Julius Caesar yang juga berjuang untuk mendapatkan kekuasaan di Mesir.

Pada tahun 44 SM, Aya menyusup ke Senat Rom untuk membantu membunuh Caesar sebagai langkah untuk menghentikan pengaruh Order of the Ancients di sana.

Ending Game

EsSgukjXYAcz0E9
Gambar dari Ubisoft

Akhir cerita menunjukkan Bayek dan Aya yang kini dikenali sebagai Amunet. Mereka melanjutkan misi mereka untuk merekrut dan melatih anggota baru dalam Hidden Ones.

Banyak cabaran yang mereka hadapi dalam membina asas bagi Assassin Brotherhood. Dengan pengorbanan dan perjuangan mereka, Assassin’s Creed Origins menjelaskan asal-usul konflik antara Assassins dan Templars yang akan terus berlanjut dalam siri Assassin’s Creed seterusnya. Beli game ini di STEAM.

RATING:

8.7/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *