Ark: Survival Evolved – Pengembaraan Prasejarah Berteknologi

Ark: Survival Evolved

Hai semua! Hari ini aku nak share satu game menarik yang aku ada main dulu iaitu Ark: Survival Evolved. Ark: Survival Evolved ni jenis game yang berkonsepkan survival dan simulasi pembinaan dalam dunia terbuka. Pemain akan banyak jelajah pulau yang dihuni bermacam haiwan prasejarah, membangunkan pertempatan, dan cuba survive dalam persekitaran yang mencabar.

Pengalaman bermain

Dari permulaan game ni lagi aku dah rasa agak struggle untuk survive. Mulanya memang aku agak teruja dengan environment dia; tumbuhan dan haiwan yang pelbagai, sungai juga laut yang luas dan boleh aku teroka dan gunung-gunung tinggi. Dari kejauhan juga aku boleh nampak ada semacam menara terapung berlainan warna setiap satu which is hijau, biru dan merah.  Aku rasa struggle pada awal permainan aku ni sebab mulanya sebagai pemain, watak aku akan terdampar di kawasan random dalam pulau tu tanpa ada apa-apa barang pada aku. Jadi begantung nasib jugalah kalau petempatan aku tu kurang bintang buas, mudahlah aku untuk mulakan penjelajahan dan pembinaan.

Satu perkara lagi tentang Ark: Survival Evolved adalah kehadiran haiwan prasejarah yang boleh dijinakkan dan digunakan untuk membantu pemain. Aku mengaku proses nak menjinakkan ni bukanlah satu benda yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau haiwan yang aku cuba nak dapatkan tu jenis terlalu buas atau tahap level yang tinggi. Jadi saranan aku lebih baik naikkan kemampuan, ketahanan dan level watak dulu secara tak langsung boleh cipta banyak senjata yang memudahkan penangkapan pemain. Haiwan seperti Tyrannosaurus Rex, Velociraptor, dan Mammoth antara yang selalu aku cuba dapatkan sebab banyak memudahkan kerja-kerja pengumpulan material sekaligus bantu dalam pengembaraan dan pertempuran.

Ark: Survival Evolved

Kelebihan dan Kekurangan

Antara kelebihan Ark: Survival Evolved ni bagi aku adalah kebebasan penjelajahan. Pemain tidak dihalang untuk explore kemana saja walaupun petempatan tu kurang atau belum sesuai dengan kemampuan watak. Untuk kekurangan game ni pulak, pemain perlu sewa server untuk bermain secara private dengan kawan-kawan. Ada juga review yang aku baca nyatakan tentang kekurangan game ni dari segi perlunya masa yang banyak untuk dari segi pembinaan dan craft alatan yang diperlukan. Bagi aku, game-game simulasi kebanyakkannya memang memerlukan banyak masa lebih-lebih lagi melibatkan pembinaan.

RATING AKU

Untuk korang yang nak cuba game ni di PC boleh dapatkan di Epic Games dan juga Steam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *