Franchise

Dalam game review sebelum ini kita ada mengulas tentang permainan video Alien: Isolation yang berlatar-belakangkan salah satu franchise filem Alien iaitu Alien(1979). Pada entri kali ini kita nak ulas pula filem franchise Alien yang akan ditayang kan pada Ogos akan datang iaitu Alien: Romulus. Filem Alien: Romulus adalah filem ke-7 dalam franchise Alien. Bermula dari 4 filem siri original – Alien(1979), Aliens(1986), Alien 3(1992) dan Alien Resurrection(1997). Seterusnya prequel kepada original siri iaitu 2 filem Prometheus – Prometheus(2012) dan Alien : Covenant(2017). Franchise ini juga telah berjaya menghasilkan 2 filem crossover bersama franchise Predator – Alien vs. Predator(2004) dan Alien vs. Predator: Requiem(2007).

Sinopsis

Masa ditetapkan antara filem Alien(1979) dengan Aliens(1986), filem Alien: Romulus ini bermula apabila satu kumpulan ahli angkasa dari planet Bumi dikirim ke planet Romulus untuk menjalankan penyelidikan. Romulus, sebuah planet yang baru ditemui, dikatakan mempunyai sumber daya yang berharga dan potensi untuk menjadi tempat kediaman baru manusia.

Namun, ketika kumpulan ahli angkasa ini tiba di Romulus, mereka terperangkap dalam satu keadaan yang menakutkan. Mereka mula diserang oleh makhluk asing yang ganas dan mempunyai keupayaan yang luar biasa. Ahli angkasa ini terpaksa berjuang untuk bertahan hidup dan mencari jalan untuk kembali ke Bumi.

Alien: Romulus

Penantian dari peminat filem Alien

Bagi peminat filem dari franchise Alien ini pasti tidak sabar menanti tayangan Alien: Romulus yang pastinya menawarkan pengalaman thrill dan horror lebih baik dan pastinya efek visual yang lebih canggih dari filem-filem alien sebelumnya. Sememangnya peminat akan tertanya-tanya penambah baikan, olahan penceritaan dan hubung kait antara filem dalam keseluruhan franchise Alien ini. Filem ini akan mula ditayangkan pada 16 Ogos, 2024.

Permainan video

Dari Franchise Alien juga telah terhasil beberapa permainan video untuk PC yang menarik antaranya:-

Baca lagi artikel SCARFACE : SAY HELLO TO MY LITTLE FRIEND

Isey https://revolusigamer.com/

Hari-hari kerja keras. Masih dalam cubaan penulisan. Kaki game simulator, strategi, open-world, kompetitif

+ There are no comments

Add yours