Alan Wake: Kisah Thriller Penulis
Zhuge November 18, 2024Mengisahkan seorang penulis terkenal Alan Wake yang bercuti bersama isterinya Alice, di sebuah pekan kecil bernama Bright Falls untuk mencari inspirasi baharu.
Platform: Xbox 360, Windows, PlayStation 4, Playstation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch
Release: 14 May 2010
Genre: Action – Adventure, Thriller, Third-person
Mode: Single Player
Where to buy: Steam
Alan Wake adalah sebuah permainan video thriller psikologi yang dicipta oleh Remedy Entertainment. Mengisahkan seorang penulis terkenal Alan Wake yang bercuti bersama isterinya Alice. Bercuti di sebuah pekan kecil bernama Bright Falls untuk mencari inspirasi baharu. Namun, percutian yang sepatutnya seronok berubah menjadi mimpi buruk apabila Alice tiba-tiba hilang secara misteri.
Alan mendapati dirinya terperangkap dalam sebuah naratif gelap yang aneh. Dia terasa macam sebuah cerita seram yang dia sendiri tidak ingat menulisnya. Setiap helaian manuskrip yang ditemui di sepanjang perjalanan mencerminkan kejadian yang berlaku atau bakal berlaku. Ini telah mencipta suasana tense dan penuh misteri.
Alan telah menyedari bahawa pekan Bright Falls diliputi oleh kuasa kegelapan yang memanipulasi penduduk setempat. menjadikan mereka sebagai makhluk ganas yang dikenali sebagai “Taken”. Alan perlu menggunakan cahaya untuk melemahkan musuh sebelum menyerang mereka.
Plot permainan semakin kompleks apabila Alan perlu berhadapan dengan dilema moral dan persoalan tentang realiti serta fantasi. Dalam usahanya menyelamatkan Alice, Alan mendapati dirinya harus menulis semula kisahnya sendiri untuk mematahkan kitaran kegelapan.
Di tengah kekeliruan, Alan juga menemui Thomas Zane, seorang penulis yang tinggal di Bright Falls bertahun-tahun sebelum ini dan dipercayai telah hilang. Zane, melalui petunjuk samar-samar membantu Alan memahami bahawa kuasa kegelapan ini berasal dari tasik Cauldron yang berhampiran. Tempat itu merupakan di mana Alice dipercayai tenggelam. Kuasa itu memanfaatkan kelemahan manusia untuk menyebarkan kegelapan dan mencipta dunia berdasarkan fikiran mereka yang terperangkap.
Kisah Alan Wake tidak berakhir dengan jawapan yang jelas, meninggalkan banyak misteri yang membangkitkan rasa ingin tahu pemain. Penggunaan elemen cahaya dan bayang-bayang sebagai metafora kehidupan dan ketakutan menjadikan Alan Wake bukan sahaja sebuah permainan video, tetapi juga pengalaman bermain yang mendebarkan.
Wow