Aksesori-aksesori Gaming Popular

Gaming Accessories

Zaman moden sekarang kita boleh lihat banyak aksesori gaming yang popular terjual di pasaran. Tidak kira anda gunakan console, smartphone ataupun PC pasti akan memiliki aksesori untuk bermain game. Antara aksesori yang banyak dimiliki adalah gaming mouse/keyboard, joystick dan sebagainya.

Aksesori untuk pengalaman gaming yang baik mula masuk ke pasaran pada tahun 1970-an. Kalau masih ingat, joystick dan pistol untuk permainan console Nintendo NES. Seterusnya, aksesori untuk PC juga sudah mula dijual antaranya mouse, keyboard dan gamepad

Kembali ke zaman moden sekarang, banyak jenis aksesori yang boleh kita lihat di pasaran. Antaranya, Virtual Reality (VR) goggle, kerusi gaming, stering lumba dan sebagainya. Bagi peminat aksesori gaming, pastinya anda juga tidak terlepas peluang untuk mendapatkan salah satu demi pengalaman permainan yang lebih menarik.

Bagi peminat dan pemilik konsol terutamanya Nintendo Switch sudah tentu memiliki sekurang-kurangnya satu aksesori gaming. Kenapa saya berkata begitu, ini kerana setiap pembelian Nintendo Switch Sport Edition akan turut mendapat aksesori yang berkaitan sebagai contoh raket ataupun headband.

Manakala bagi peminat permainan video Grid, F1 ataupun Need for Speed sudah pasti menjadi angan-angan untuk memiliki aksesori Gaming Steering. Walaupun harga satu-satu aksesori Gaming Steering boleh mencecah harga RM 5700/USD 1200, ia tidak menghalang peminat untuk mendapatkan aksesori tersebut.

Portable Monitor for PS5

Kepada sesiapa yang membaca artikel ini yang berminat untuk mendapatkan aksesori gaming boleh dapatkan di mana-mana kedai gaming ataupun di platform Shopee.

shadow

Game ikut mood.

+ There are no comments

Add yours