Belum pernah lagi aku main sebuah game yang menceritakan sebuah sejarah mitos yang begitu bagus, sampaikan di setiap inci detail sesebuah game itu membuatkan aku termenung jauh di buai lagu latar. A Plague Tale : Requiem adalah sebuah masterpiece dan sequel yang terbaik sepanjang zaman. Game ini telah di calonkan antara Game of the year pada tahun itu. Bagi pendapat aku, barangkali Asobo Studio tidak berpuas hati dengan siri pertama mereka A Plague Tales Innocence dan di sebabkan itu, mereka telah membuat siri terbaru epik ini sangat baik. Jom kita review.

The Plot

APlagueTaleRequiem ini adalah sambungan siri daripada A Plague Tale Innocence, boleh dikatakan kalau korang main siri pertama mereka, sambungan kisah ini macam beberapa bulan kemudian dari sinopsis cerita mereka, memang recent event. Sedikit sinopsis bagi yang tidak mengetahuinya, kisah ini menceritakan dari plot Amicia dan Hugo de Rune yang ingin mencari penawar kepada penyakit adiknya Hugo. Selepas sebuah wabak tikus melanda di Aquitaine, bahagian siri 2 ini memang akan terus ada adengan wabak tikus melanda dan pada kali ini wabak ini semakin serious. Dalam masa yang sama, Beatrice iaitu ibu kepada mereka juga mencari penawar untuk anaknya, akan tetapi harus melalui The Order. Jadi misi mencari penawar pun bermula dan disini lah mula plot cerita mereka semakin menarik. Haa korang kena layan sendiri lah dari sini.

Bila aku main game A Plague Tale Requiem ni, memang korang akan dapat vibe-vibe tahun 1350, iaini zaman-zaman pra sejarah lah. Dari segi pertuturan bahasa mereka hingga ke set lukisan gambaran game ini. Korang akan jadi teruja dengan gameplay ini. Soundtrack yang di mainkan juga akan mengikut mood korang yang berada di zaman itu. Bayangkan korang main game yang bermuzik kan orchestra sambil berjalan ke dalam dunia sejarah. Tapi ini di bahagian yang tenang, tiba-tiba kau terdengar bunyi seakan guruh dan persekitaran kau mula bergegar dan bergoyang.

Kau bayangkan tikus-tikus yang begitu banyak mula menghantui kota itu. Semua manusia mati diratah oleh tikus-tikus itu. Adakala kau akan rasa murung dan depress dengan persekitaran gameplay ini. Itulah storyline dia, persekitaran era perang dan dalam masa yang sama ada wabak yang terpaksa di hadapi. Amicia adalah watak seorang kakak yang memang sayang terhadap adiknya. Kita akan sentiasa bersusah payah untuk menjaga adiknya dan di setiap gameplay, akan ada intense yang korang kena lalui.

The Theme

Bagi aku untuk A Plague Tale Requiem ni ada banyak pembaharuan yang aku suka. Antaranya ada mekanisma baru seperti puzzle and solve problem. Jadi untuk gamers akan menguji otak anda lah. Dia punya gameplay cutscene juga bagi aku memang memuaskan, lagi-lagi kalau korang ada pakai pc yang high-end. Korang memang patut setting pada level paling tinggi kerana di setiap cutscene itu, aku rasa Asobo Studio memang bagikan yang terbaik untuk kita rasai. Ada juga pengenalan watak baru di dalam ini di mana watak Arnoud dan Sofea diperkenalkan. Pada awalnya aku skeptikal sikit untuk pengenalan watak baru, tapi sekual ini, memang wajib dan best untuk watak baru ini, sebab memang ngam dan padu.

Jadi untuk kesimpulan review ini, untuk korang yang suka akan game yang heavy story, intense drama dan music. Aku cadangkan korang layan game ini dan korang boleh dapatkan game ini di platform tertera. (steam/epicgames)

rating 8.5/10

Jom sambung baca.

+ There are no comments

Add yours