Reaksi Pertama Siri Like A Dragon Yakuza

Akhirnya keluar sudah siri Amazon Prime Like a Dragon Yakuza dengan tiga episod pembukaan yang memperkenalkan kehidupan Kazuma Kiryu dan dunia gelap Yakuza.

Screenshot 2024-10-27 160620

Akhirnya keluar sudah siri Amazon Prime Like a Dragon Yakuza dengan tiga episod pembukaan yang memperkenalkan kehidupan Kazuma Kiryu dan dunia gelap Yakuza. Aku berpeluang untuk menonton tiga episod dan ini reaksi pertama aku tentang siri ini.

 Siri ini adalah adaptasi daripada permainan video Yakuza, yang membawa aksi, konflik, dan hubungan persahabatan yang bagaimana mengubah landskap dunia Yakuza. Amazon Prime telah mengeluarkan tiga episod pertama pada 25 October dan tiga episod lagi pada 1 November.

Dunia Yakuza

Reaksi Pertama Like A Dragon Yakuza

Episod pertama siri Like a Dragon Yakuza membawa penonton terus ke dunia gelap Yakuza di Kamurocho, memperkenalkan Kazuma Kiryu sebagai protagonis. Siri ini banyak memperlihatkan flashback dari tahun 1995 dan 2005.

Sebagai siri cerita mafia, siri ini dapat menunjukkan dunia mafia itu dengan baik. Siri ini berjaya menangkap estetika suram dan dunia gelap kehidupan seharian dalam dunia underground Tokyo. 

Siri ini juga berjaya mengimbangi elemen aksi dan emosi secara berkesan. Adegan pertempuran penuh koreografi menarik bagi peminat aksi, namun diimbangi juga dengan hubungan kompleks antara watak, seperti antara Kiryu dan sahabat lamanya, Nishikiyama.

Sinematografi atmosfera gelap dunia Yakuza dihasilakn dengan sangat baik, dan berjaya membawa suasana tegang dan realistik di jalanan Kamurocho.

Namun, bagi peminat siri permainan video Yakuza Like A Dragon, siri ini belum boleh mengangkat sebaik game itu sendiri.  

The Good and the Bad

Reaksi Pertama Like A Dragon Yakuza

Setakat tiga episod ni, ada banyak the good and the bad. The good is siri ini menawarkan banyak aksi yang disusun rapi, terutama dalam babak pertarungan antara Kiryu dan geng musuhnya.

Koreografi yang memukau menghidupkan suasana dunia bawah tanah ini, menyerupai gaya pertempuran yang digemari peminat dalam permainan asal.

Satu lagi yang aku suka adalah character Goro Majima lakonan Munetaka Aoki. Lakonannya sangat dekat dengan character Goro Majima. Walaupun tak banyak muncul tapi ia memberi impak dalam cerita ini.

The bad dalam siri ini Pengenalan dunia dan watak dalam episod pertama kadangkala terasa lambat, terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali menyelami dunia Yakuza. Bagi penonton yang mengharapkan aksi pantas sejak awal, pendekatan ini mungkin kurang menarik.

Namun, pendekatan yang terlalu serius pada adaptasi ini mengurangkan elemen humor dan keterujaan unik yang menjadi daya tarikan utama dalam permainan asalnya. 

Dialog yang kadangkala terlalu dramatik mungkin membuat beberapa adegan terasa lambat, dan perkembangan watak mungkin terasa mendatar untuk mereka yang baru mengenali dunia Yakuza tanpa pengalaman dari permainan video asalnya.

Kesimpulan

Siri Like a Dragon Yakuza di Prime Video membawa kisah aksi dan konflik yang berkesan sebagai sebuah siri gangsterism, namun bagi peminat tegar permainan video asal ia belum cukup. 

Meskipun episod-episod awal ini memiliki beberapa elemen yang menarik dari segi naratif dunia Yakuza, dengan menawarkan drama yang intense dan watak yang mendalam namun sebagai peminat setia banyak lagi diharapkan agar siri ini menyerupai permainan video Yakuza. 

Secara keseluruhan, Like a Dragon Yakuza memberikan permulaan yang bagus, dengan potensi yang tinggi untuk terus berkembang dalam episod-episod seterusnya. Jangan lupa untuk tonton di Prime Video.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *