Marvel’s Guardians of the Galaxy : Harapan Baru

Marvel's Guardians of the Galaxy : Harapan Baru

galaxy

Masih relevan ke kita nak main game super hero yang seakan menjadikan kita ni mempunyai super power? Dan adakah game- game ini mempunyai plot penceritaan dan mekanisma game yang baik? Bagi aku hanya 2 siri game super hero sahaja yang berjaya menempah nama di arena gaming iaitu Spiderman series dan The Batman trilogy. Tapi percaya tak korang? ada 1 lagi game yang bagi pendapat aku, bukan sahaja best. Malah game ini berjaya mengutip kutian kedua tertinggi di UK ketika game ini release selepas game FIFA. Ia game ini adalah Marvel’s Guardians of the Galaxy. Jadi episod kali ini jom kita review game ini.

galaxy

The Goat

Marvel’s Guardians of the Galaxy adalah keluaran Square Enix dan ini adalah game yang terbaik kerana berjaya mendapatkan rating yang tinggi di Steam sebanyak 9/10 dan 8/10 di IGN. Tinggi tu guys rating diberi. Tapi kenapa? Pertama game ini sudah mendapatkan nama di pentas Film industri dan ini memudahkan mereka untuk menjual dan mempromosikan nya. Jadi tidak asing lagi lah game ini di mata dunia. Kedua garapan dan penceritaan game ini pun best sebab mereka ikut jalan penceritaan yang ada di dalam komik-komik mereka. Pada Marvel’s Guardians of the Galaxy kalini, mereka masih mengekalkan penggunaan suara latar yang hampir sama seperti para pelakon mereka di dalam film Guardians of the Galaxy. 

Kalau tengok dari watak Rocket, element kasar dan sarcastic itu masih ada di setiap watak nya dan ini membuatkan kita rasa seronok untuk bermain game itu. Ada juga beberapa character baru diperkenalkan tapi untuk bahagian itu biarlah korang sendiri yang main dan tahu. Plot story Marvel’s Guardians of the Galaxy ini juga mempunyai element comedy, Voice acting yang bagus dan Context yang padu membuatkan mereka dapat rating yang baik di platform gaming.

gotg-5c4697cbbff9481f889742352902251b

Apa Yang Menarik?

Mekanisma gameplay juga memberi kesan yang banyak di Marvel’s Guardians of the Galaxy. Antaranya kita boleh berinteraksi secara freeplay di beberapa cutscene seperti mendengar lagu. Kita boleh membaca artikel majalah di dalam game itu dan interaksi ini membuatkan game ini tidak bosan. Ada juga feature diolog option supaya kita boleh memilih beberapa outcome di penhujung game. Ini juga akan menentukan sama ada kita dapat good deeds or bad deeds. Feature seperti ini penting pada game sebab ia akan membuatkan kita fokus pada gameplay dan story. Dan Plot dan twist cerita ini, bagi aku skripnya juga agak bagus. Kalau korang main tu memang seakan sedang menonton film Marvel’s Guardians of the Galaxy lah.

galaxy

Tidak lupa juga Fighting skill di dalam Marvel’s Guardians of the Galaxy ini. Kita diberikan strategy dan boleh melalukan mengikut kesesuaian gameplay kita. Boleh bash button sampai enemy mati, atau boleh plan ikut mana weaknest enemy. Bagi gameplay aku, asalkan enemy mati pun jadilah. Graphic yang di hasilkan pun agak memuaskan hati, Sebab game ini mostly base di planet-planet. Jadi kita akan lihat betapa colourfulnya game ini nanti. Haha. Selain dari pada itu, Diolog setiap character juga memberikan kita sedikit info mengenai Marvel’s Guardians of the Galaxy ini. Antaranya background character, dan sebagainya. Jadi kalau korang ni die hard fan Marvel’s Guardians of the Galaxy memang patut layan lah game ini. Jadi sedikit sebanyak kita tahu background story cerita ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *