Like a Dragon: Ishin! : The Great Reset
Mikasan October 2, 2024Like a Dragon: Ishin! ini adalah sebuah game yang telah di inspirasikan dari era zaman kegelapan sejarah jepun iaitu pada era Bakumatsu di penghujung kegemilangan Edo. Sama seakan Siri drama Shogun, Like a Dragon: Ishin! telah berjaya membuatkan game ini best untuk dimain kerana dengan beberapa feature yang disediakan. Sebagai pemulaan, Ryū ga Gotoku studios
Like a Dragon: Ishin! : The Great Reset
Masih Ingat Tak??
Siapa masih ingat game Yakuza Series yang pernah popular di siri PlayStation 2 pada suatu ketika dahulu. Pada pertama kali aku main game ini, perghh! alangkah bestnya kita dapat bersiar-siar di kota jepun sebagai gengster atau dalam bahasa jepun nya Yakuza. Game Yakuza Series ini mendapat tempat di dunia gaming atas sebab jualan yang agak memberangsangkan. Bukan itu sahaja, plot dan gameplay nya juga bagus. Setelah game Yakuza mengeluarkan hampir 6 series di platform Playstation, kini Ryū ga Gotoku studio mengeluarkan siri terbaru spin off iaitu Like a Dragon: Ishin! . Jom kita review spin off game ini.
Like a Dragon: Ishin! ini adalah sebuah game yang telah di inspirasikan dari era zaman kegelapan sejarah jepun iaitu pada era Bakumatsu di penghujung kegemilangan Edo. Sama seakan Siri drama Shogun, Like a Dragon: Ishin! telah berjaya membuatkan game ini best untuk dimain kerana dengan beberapa feature yang disediakan. Sebagai pemulaan, Ryū ga Gotoku studios masih mengekalkan watak-watak fiksyen mereka seperti Kazuma Kiryu, Goro Majima, Haruka dan sebagainya. Akan tetapi watak ini telah diberi nama baru iaitu jika Kazuma Kiryu di tukar kepada Sakamoto Ryoma, manakala Goro Majima di tukar kepada Okita Soji. Maknanya mereka melakonkan watak baru kerana game Like a Dragon: Ishin! ini adalah spin off. Dari aspek lakonan character, mereka masih kekalkan sama seperti watak-watak di dalam yakuza. Jika mana-mana watak jahat ada di dalam yakuza series, maka dia akan menjadi jahat di dalam spin off Like a Dragon: Ishin! ini.
The New Era
Selain daripada itu, Like a Dragon: Ishin! memberikan gameplay yang sama seperti series-series yakuza sebelum ini. Kita boleh explore beberapa kawasan yang diberikan seakan open world, ada encounter musuh dan perlu berlawan dan game ini juga mempunyai side quest yang hampir sama dengan yakuza series. Yang membuatkan game dari Ryū ga Gotoku studios ini best adalah dengan feature mini games mereka. Ada yang kita boleh berkareoke, ada yang boleh berlumba dan lain-lain. Jadi untuk Like a Dragon: Ishin! ini juga mereka meletakkan element-element mini game. Dan yang paling best, mini game perempuan lahh!! haha.
Plot dan penceritaan adalah kunci untuk game seperti Like a Dragon: Ishin! ini mendapat rating yang tinggi di review mereka. Apa yang menarik kali ini adalah mereka menggunakan sejarah gelap jepun di mana zaman kedatangan kapal hitam atau eropah yang mula memasuki negara mereka. Konflik ini sangat penting bagi negara jepun untuk mereka mengubah dan merevolusikan negara mereka. Jadi Like a Dragon: Ishin! ini adalah bagaimana politik jahat mereka mula untuk berebut kepentingan masing-masing. Jadi kepada siapa yang suka akan game siri Yakuza, aku cadangkan korang main game terbaru spin off mereka. Like a Dragon: Ishin!