Ni no Kuni: Wrath of the White Witch : Comel Tapi Ganas

Screenshot 2024-09-12 170234

Nampak macam comel je kan game ini, tapi tahu tak korang yang sebenarnya game Ni no Kuni: Wrath of the White Witch ini adalah antara game yang paling susah untuk korang lawan boss fight dia. Level-5 telah mengeluarkan game berkonsepkan action role-playing dan game play ini seakan final fantasy. Ia juga berjaya mendapat review yang agak positif di kalangan gamers. Jadi pada kali ini, jom kita cerita sikit pasal game Ni no Kuni: Wrath of the White Witch.

SINOPSIS


Oliver adalah seorang kanak-kanak riang yang tinggal di sebuah kawasan bernama Motorville. Kehidupannya mula berubah 360 darjah apabila ibunya telah meninggal dunia. Oliver kemudian terpaksa hidup bersendirian dan pada suatu hari, datang seorang makhluk yang bernama Drippy. Drippy memberitahu Oliver yang dia boleh menyelamatkan ibunya di alam lain. Jadi bermulalah kisah pengembaraan mereka untuk menyelamatkan ibunya.

Apa yang menarik?

Game ini adalah bertemakan Action Role-playing. Jadi setiap gerak geri itu korang kena tentukan dengan ada display button. Sama seperti game pokemon atau final fantasy, Gamers akan diberi pililah untuk memilih sendiri taktik yang korang main. Akan tetapi yang menjadi kan game Ni no Kuni: Wrath of the White Witch ini lebih best dan berlainan adalah dengan feature ala-ala pokemon. Gamers boleh menangkap monsters-monters di luar sana dan dijadikan sebagai teman lawan. Haha macam nak tiru pokemon sikitkan. Tapi bagi pendapat aku, feature ini memang akan menarik minat kita untuk explore kesemua monsters yang ada. Tidak lupa juga korang boleh evolvekan monters itu. Hahaha okay memang sebijik macam pokemon. Tapi best, kita boleh cari mana jenis monsters yang kita minat dan jadikan ia kuat.

ni no kuni
ni no kuni

Ni no Kuni: Wrath of the White Witch ini best kerana dengan faktor making and story telling dia. Ada bahagian cut scene di mana korang akan melihat animated @ anime punya konsep. Ada bahagian cut scene yang 3D. Tidak kurang juga lagu atau soundtrack Ni no Kuni: Wrath of the White Witch ini memang akan menyentuh perasaan korang. Tiap kali kalau kita main, akan terasa macam sedang menonton sesuatu cerita anime. Game ini juga ada feature audio 2 bahasa, sama ada korang nak dia dalam bahasa jepun atau dalam bahasa english. Tapi bagi aku dua-dua bahasa pun best. Tapi yang paling penting adalah story content game ini, pada aku setiap plot yang diberikan memang akan rasa best. penuh dengan penceritaan. Jadi kalau siapa yang ada masa lebih kurang 44 hours dan korang nak cari satu game yang best. Aku cadangkan main game Ni no Kuni: Wrath of the White Witch.

RATING 8/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *