REVIEW: The Last of Us – Series yang Padu
Zhuge August 19, 2024Siri The Last of Us bukan sekadar adaptasi permainan video tangkap muat, ia adalah pengalaman yang mendalam dan emosional
REVIEW: The Last of Us - Series yang Padu
Review The Last of Us series yang padu kerana bukan sekadar adaptasi permainan video tangkap muat. Series ini adalah pengalaman yang mendalam dan emosional yang membawa penonton menyelami dunia pasca-apokalips yang penuh dengan tragedi dan harapan.
Berdasarkan permainan video ikonik oleh Naughty Dog, siri ini berjaya menghidupkan watak-watak dan naratif yang selama ini hanya wujud dalam dunia permainan, dengan sentuhan sinematik yang memukau. Mari selami review kami tentang series ini.
Plot Story
The last of us adalah series yang padu. Series ini mengisahkan tentang Joel dan Ellie, dua watak yang saling bergantung dalam dunia yang telah musnah akibat wabak Cordyceps. Joel, seorang ayah yang sedih akibat kehilangan anak perempuannya, dipaksa untuk mengiringi Ellie, seorang remaja yang mungkin memegang kunci untuk menyelamatkan manusia. Perjalanan mereka merentas Amerika yang hancur adalah penuh dengan cabaran, bahaya, dan detik-detik yang menguji hubungan mereka.
Satu aspek yang paling menarik tentang series ini adalah series ini hampir sama dengan permainan video. Korang yang pernah mengalami perjalanan Joel dan Ellie dalam permainan video ini pasti akan merasa seperti deja vu apabila melihat beberapa adegan dan dialog yang dihidupkan semula dengan teliti dalam series ini. Namun, ia juga membawa elemen baru yang menambah kedalaman kepada naratif, seperti latar belakang watak yang lebih dikembangkan dan pendedahan emosi yang lebih intim.
Visual dalam Dunia The Last of Us
Pengarah dan penulis series ini jelas sekali memahami keperluan untuk mengekalkan elemen-elemen penting dari permainan sambil menambah nilai melalui visual yang indah dan sinematografi yang memukau. Adegan-adegan seperti bandar-bandar yang ditinggalkan, kawasan-kawasan yang dipenuhi spora, dan konfrontasi dengan ‘Clickers’, makhluk yang dijangkiti telah dibentangkan dengan begitu realistik sehingga penonton merasa seperti mereka sendiri terperangkap dalam dunia ini.
Namun, bukan sekadar pemandangan yang wow, tetapi juga bagaimana penceritaan itu sendiri disampaikan melalui visual. Setiap emosi dari ketakutan, kesedihan, hingga kasih sayang diterjemahkan dengan begitu kuat melalui lakonan cemerlang Pedro Pascal dan Bella Ramsey, yang memegang watak Joel dan Ellie. Mereka berjaya menangkap intipati watak-watak ini, menjadikan hubungan mereka sebagai core yang menghidupkan kepada cerita ini.
Overall
The Last of Us yang padu dan wajib ditonton lebih – lebih lagi kalau korang ni peminat permainan video ini. Adaptasi yang mengikut hampir seperti permainan video harus di beri pujian. Pemilihan pelakon yang sama seperti character dalam permainan video membuatkan series ini sangat hidup.
Series ini membuktikan bahawa permainan video bukan sekadar untuk dimainkan, tetapi juga boleh menjadi sumber inspirasi bagi cerita-cerita hebat di layar perak. Series ini boleh ditonton di HBO Go. Setakat ini series ini sudah memasuki ke season ke dua, dah sudah confirm akan ada season 3.
Ranting kami:
9/10