Empayar The Melaka Chronicles : Game Malaysia?
Lekir Kasturi August 13, 2024Empayar The Melaka Chronicles adalah game buatan Malaysia yang diinspirasikan zaman kesultanan Melayu Melaka abad ke 15.
Empayar The Melaka Chronicles : Game Malaysia?
Empayar The Melaka Chronicles adalah game buatan Malaysia yang diinspirasikan zaman kesultanan Melayu Melaka abad ke 15. Permainan video ini adalah daripada UniVrse dengan kerjasama Studio Kembara. Permainan video ini hadir di platform Mobile sahaja setakat ini. Jom baca review kami tentang game ini.
Pasal apa game ni?
Empayar The Melaka Chronicles adalah game tentang zaman kesultanan Melaka. Permulaan permainan ini, anda adalah Andika, seorang pelaut yang baru sampai ke negeri Melaka. Dalam permainan ini, anda akan dapat lihat indah bandar Melaka zaman dahulu dan juga anda akan dapat melihat istana negeri Melaka. Mereka menggunakan 3D model untuk permainan ini.
Apa yang best dan tak best
Yang best, anda akan dapat rasa main game zaman kesultanan Melayu. Permainan yang menunjukkan kehandalan pahlawan Melayu. Game ini adalah RPG open world di mana anda akan dapat menjelajah ke seluruh bandar Melaka.
Menggunakan ciri – ciri seperti Elden Ring dan permainan RPG yang lain, mekanisma berlawan dengan musuh menggunakan senjata seperti keris dan parang. Anda juga akan dapat pickup barang yang di jatuhkan oleh musuh seperti armour atau weapon.
Setiap quest juga akan mempunyai level yang perlu dilengkapkan dan setiap level akan hadir dengan musuh yang banyak. Semakin tinggi level, semakin banyak musuh yang datang.
Yang tak best tentang game ini adalah, game ini seperti masih di dalam fasa beta. Game terasa seperti belum siap sepenuhnya. Tidak ada pengenalan kerekter pada permulaan game membuatkan game ini terasa seperti kosong.
Di setiap pelusuk bandar tidak ada NPC dan yang ada cuma bunyi yang riuh seperti di pasar. Anda akan dengar seperti orang bercakap cakap tapi kosong. NPC yang ada hanya untuk melengkap cerita dalam game ini.
Fighting mekanisma juga terasa kosong dan kadang kadang lambat reaction dari main character membuatkan kita akan terima hit yang boleh dielakkan. Permainan ini juga penuh dengan iklan, membuatkan anda akan terasa frust sedikit kerana semasa berlawan iklan akan tiba tiba muncul.
Kesimpulan
Ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam menghasilkan permainan video yang boleh kita banggakan. Permainan video zaman kesultan Melayu Melaka merupakan game yang sangat di tunggu oleh rakyat Malaysia. Dengan penambaikan akan membuatkan game ini lagi bertambah menarik. Oleh kerana game ini percuma, jadi akan ada iklan untuk support game ini untuk beroperasi. Anda boleh membeli package untuk membuatkan game ini free from ads. Layari laman web Empayar untuk mengikuti lebih tentang game ini.
Rating kami :
6/10